Cabaran Bisnes Online
Sumber: www.janawangdirumah.com
1. Ceritakan bagaimana puan mula terlibat dalam bisnes ini?
Mula-mula, saya bisnes kecil-kecilan saja. Sebab dari zaman sekolah, ada saja barang yang hendak dijual. Antaranya bedak, minyak wangi dan kerongsang. Ketika di Universiti, saya mula menjual tudung bawal. Kawan-kawan di Universiti gemar membuat pesanan membeli tudung bawal, disebabkan tudung bawal di Kelantan harganya lebih murah berbanding Kuala Lumpur.
Dan pada masa niat hanya mahu membantu mereka mencari tudung mengikut warna yang mereka mahu. Boleh dikatakan setiap kali saya balik kampung, saya mesti cari tudung bawal dahulu sebelum ke Universiti, sehinggalah ibu saya, Lotfiah Haron mencadangkan saya menjualnya kepada rakan-rakan. Bukan apa, setiap kali balik, saya akan borong tudung dengan kuantiti yang banyak, lebih kurang 20 hingga 30 helai. Saya berpeluang membeli harga borong daripada penjual di Kelantan. Walaupun untung tidak seberapa, dapatlah juga saya jadikan untung kecil itu sebagai duit poket semasa belajar di Universiti. Sejak daripada itulah, saya mula bersungguh-sungguh untuk berniaga. Rasa seronok pula, pinjaman belajar saya jadikan modal untuk berniaga di Universiti. Alhamdulillah, jualan tudung saya memang laris. Saya tidak pernah menjual barangan di kedai atau mempunyai pekerja. Tiada sewa kedai atau melibatkan kos yang tinggi kecuali kos pergi balik ke Kota Bharu sebulan sekali sama ada dengan kenderaan sendiri atau kapal terbang. Pada awal tahun 2006, rakan saya tahu yang saya sering berulang alik dengan memborong tudung untuk dijual di Kuala Lumpur. Sehinggalah dia mencadangkan saya berbisnes melalui laman web sendiri. Pada mulanya, saya ragu-ragu dengan tawarannya. Bukan sebab takut, tapi langsung tak faham apa bendalah bisnes internet atau online ini. Setelah meneliti perjalanan bisnes internet melalui beberapa laman web yang sedia ada, saya terus menjadi bersemangat dan terus bersetuju untuk mengupah rakan untuk mencipta satu laman web untuk saya. Tercungap-cungap jugalah nak belajar dunia internet , sudahlah lemah dalam teknologi maklumat, belajar pula hanya melalui Yahoo Mesej, sebab webmaster berada di Kelantan, saya pula berada di KL.
2. Dimana puan mendapatkan sumber barangan secara borong?
Ketika mula-mula menjual tudung di Universiti, saya cuma mendapat barang secara borong di pasar MPKB dan Pasar Siti Khadijah. Bila saya mula bekerja, dan pada ketika itu tahun 2001, saya mendapatkan barangan itu di pusat pengeluaran tudung bawal di Takbai Thailand. Ianya terletak di selatan Thailand dekat Pengkalan Kubor. Ini semua cadangan ibu saya, setelah rakannya menceritakan tudung bawal satu lebih murah jika kita sendiri mengambilnya di Takbai. Bayangkan, pada ketika itu, saya dan ibu tidak biasa ke sana dengan menaiki bot kecil untuk ke seberang. Kami redah juga untuk mencari sumber barangan seperti yang diperkatakan. Pernah terdetik di hati, entah betul entah tidak tindakan kami. Bayangkan, kalau bot kami karam. Sudahlah masuk cara haram, kami tak ubah seperti pelarian. Sehinggalah satu ketika saya terfikir untuk membuat pasport dan masuk ke negara itu mengikut cara yang sebetulnya.
Baca lanjut di dalam ebook ini
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di
Akademi
Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar
kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment