Bukan Rezeki


Teks : Anys Idayu Zakaria

Kalau bukan rezeki kita pegang dan simpanlah macam mana sekali pun, tetap tak ada rezeki untuk bahagian itu.
 
Awal Muharram hari ini saya diuji oleh Allah swt. Entah kenapa gerak hati ini dari semalam asyik terlihat duit yang ada di tangan belum dipecahkan. Tak lah banyak, Rm100 sekeping. Saya selalu pastinya akan pecahkan duit dalam nilai yang kecil. Susah rasa kalau pegang nilai besar, kecuali jika mahu beli atau bayar sesuatu. Duit tersebut masih cantik dalam pegangan saya semalam sehinggalah tengahari tadi. Tak tergerak pula keluar berjalan tengah hari tadi isi minyak kereta menggunakan wang tersebut. Saya guna dulu duit lain yang ada.

Selepas ke zoo tengahari tadi kami singgah ke Century Garden Danga Bay. Ketika sampai di situ, Kebetulan kakak nak beli ais krim, saya terpaksa bertanya penjual tersebut jika ada duit kecil, kerana memang saya sudah tiada duit kecil lagi. Hanya RM 100 itu sahaja yang tinggal. Wang yang tak cukup hanya RM1, kebetulan en suami tak cukup RM1, jadi dia minta saya tambah. Saya pula memang tiada duit kecil. Penjual itu pun tiada wang kecil juga. Lantas saya minta tukar aiskrim dengan harga sama nilai dengan wang yang saya ada. Katanya tak pelah. Kurang RM1 sahaja. Lantas saya ucap terima kasih dan menyimpan semula duit tersebut. Juga masih dalam lipatan yang sama belum dipecahkan.
 
Selepas puas bersiar, dan ketika hendak pulang dalam kereta saya tergerak untuk mencari semula duit yang saya simpan tadi. Kononnya mahu pecahkan nak beli makanan. Puas saya raba poket seluar dan beg, memang tak jumpa. Sah, saya kata dalam hati pasti duit ni sudah tercicir. Patut rasa dari tadi macam tak sedap je hati ni. Lantas terus beristifar. Reda dan terima bukan rezeki saya wang tersebut.
 
Sampai ke rumah selesai mengemas dan tidurkan Raisha terus saya buka buku  Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Baca lagi isi kandungn tentang rezeki. Walau nilai yang sedikit rasa juga ralatnya. Tapi saya perlu redakan hati dan terima. Saya insaf mungkin Allah mahu menguji saya saat ini. Saya perlu memberi lebih banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.
 
Sedikit yang saya petik dari Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.  "Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain". Milik kita belum tentu rezeki kita. Saya cuba fikirkan semula tentang peristiwa yang berlaku hari ini. Saya cuba kaitkan dengan apa yang dikatakan dalam buku ini. Memang betul, duit itu beberapa hari sudah milik saya, tapi bukan rezeki saya kerana saya tidak dapat mengambil manfaat daripadanya.
 
Subhannallah. Saya bersyukur dengan ujian ini. Semoga ada yang lebih baik Allah mahu berikan kepada saya.
 
 
wassalam.
Tinta Penulis
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
 

Comments

  1. Salam Perkenalan.

    Rezeki kita bukan tentu milik kita, kan? Saya juga sedang membaca buku yang sama.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga sis,
    btul tu sis. kalau kita baca buku ni memang kita lebih faham maksud rezeki yang sebenar. seronok saya dah beberapa kali ulang membaca.
    Selamat meneruskan pembacaan!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts