Beza belajar berguru dan sendiri

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Bismillah.
 
Saya pasti ramai yang tercari-cari panduan untuk belajar sesuatu ilmu baru dengan hanya mencari toturial di internet atau utube. Zaman serba canggih sekarang, jika kita goggle sahaja sudah pasti apa sahaja yang mahu kita pelajari akan dapat dipelajari melalui toturial yang disediakan di internet. Begitu juga jika hendak belajar membina blog.
 
Saya sendiri satu ketika dahulu, juga belajar membina blog melalui toturial seperti ebook. Saya berusaha cari dan hasilkan seperti yang mereka ajar. Memang betul, saya berjaya menghasilkan blog sendiri hanya melalui toturial seperti itu. Senangkan tak perlu berguru. Tapi yang menjadi masalahnya, saya tidak tahu mahu menulis apa diblog tersebut. Toturial yang disediakan juga bukanlah seperti yang saya mahukan. Hanya yang diajar cara permulaan untuk membina blog, membuat pages dan menulis entri. Saya tidak pandai untuk membuat borang tempahan. Malah saya juga tidak pandai untuk masukkan link blog, dan beberapa lagi asas yang lain. Malah jika belajar toturial sebenarnya saya tidak tahu mahu bertanya dengan siapa jika kurang paham. Terpaksalah saya godeh-godeh sendiri, bila tak berjaya terus putus asa. Sebab tu malas mula datang menyerang, tak tahu nak buat apa dengan blog yang ada. Inilah parahnya jika kita belajar tanpa guru atau sifu yang memandu arah yang betul. Memang lain sangat sebenar belajar sesuatu itu dengan ada guru dan tanpa berguru.
 
 
KENAPA SAYA BELAJAR MEMBUAT BLOG?

Kenapa saya berminat belajar membuat blog? Saya bukan seorang yang minat berniaga, hanya membantu adik sahaja menjual tudung,blouse,seluar,jubah dan sebagainya.Saya lebih minat bercerita tentang diri saya,keluarga saya,aktiviti saya dan sebagainya yang berkaitan dengan saya.

Bila mencoret di dalam Facebook, saya rasa ruangnya kecil sangat.Saya tidak minat menulis dairi seperti sesetengah orang kerana saya memang malas menulis.Saya suka sesuatu yang baru, saya cuba explore walaupun bukan 100% saya mahir menggunakan komputer.Sekarang saya mampu tersenyum dengan megah (bukan riak tau), kerana saya sudah ada sebuah blog yang boleh menjadi kebanggaan saya. Diari Wanita Bekerjaya - http://lylyaffazreen.blogspot.com/
 
Selalu saya membaca coretan orang lain di blog mereka, macam-macam info saya dapat.Keseronokan memiliki dan mencoret di dalamnya menjadikan saya berusaha mencari siapa yang boleh mengajar saya membuat blog. Ini kira usha, usha lah...hihihi..Alhamdulillah saya berjumpa dengan Pn. Anys Idayu Zakaria.

Sejarah saya mula mengenali Pn. Anys adalah melalui UTM Space.Mungkin Pn. Anys sendiri pun tidak tahu cara saya mengenali beliau.Saya mencari siapa yang join di dalam group UTM Space, bagi kemasukan akhir 2011,cari punya cari di Fb, saya mengenali beberapa orang dan salah seorangnya adalah Pn. Anys.Bagai "orang mengantuk di sorongkan bantal" kebetulan beliau seorang guru online mengajar membuat blog.Dari situ saya cuba mencari info dan membaca segala ulasan beliau dan pada bulan oktober lepas, saya terbuka hati untuk terus mempelajari cara-cara membuat blog.Memang mengambil masa yang lama, ini di sebabkan saya sendiri ada mengalami beberapa masalah termasuk anak yang kerap masuk hospital.
Alhamdulillah, sekarang saya gembira kerana saya sudah dapat apa yang saya inginkan.Saya tahu, kawan-kawan juga boleh, kerana ini semua tidak mustahil.Kita yang boleh mengubah diri kita, kerana kita tahu tahap kemampuan kita.Oleh itu marilah sama-sama menyertai saya untuk membina blog.Mungkin jika bukan sebagai "side income", mungkin ini platform kita untuk menambah ilmu.Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru dalam diri kita.
(sumber : http://lylyaffazreen.blogspot.com/2013/11/kenapa-saya-belajar-membuat-blog.html)
 
 
Syukur kepada Allah sebab boleh berkongsi ilmu melalui blog yang baru berusia 3 bulan. Ketika mendaftar saya tak pasti lagi sebenarnya boleh ke tak sebab saya memang tak tahu sangat tentang internet ni, saya hanya tahu fecebook saja itupun anak saya yang tahun 5 masa tu yang bukakan akaun saya. kelakar sangat. Niat tu memang ada nak belajar tapi tak jumpa lagi guru yang boleh mengajar saya dari zero. Pernah juga pergi beberapa kursus untuk perniagaan di internet anjuran beberapa tetapi saya tak jadi daftar sebab tahu dah jika daftar pun tak boleh buat.

Alhamdulilah Allah temukan saya dengan Puan Anys Idayu Zakaria guru kelas blog saya hanya didalam talian. Beliau mengajar dengan sabar walaupun beberapa kali ulang proses untuk dapatkan sesuatu. Dari proses buat email baru, fanpage,blog , dropship dan sebagainya. Barulah saya tahu untuk makna setiap perkataan tu, fungsi dan keperluannya.

Cabaran baru ialah , Ketika itu saya menggunakan komputer yang rosak sebelah saja boleh tengok nak copy dan paste gambar pun berterabur, kawasan rumah pun tepi bukit tak dapat line internet dengan baik, saya pernah masuk cc untuk belajar buat fanpage mula-mula dulu. Anak saya temankan. suasananya masyaalah macam tak mahu masuk lagi dah..tapi saya terpaksa sebab nak belajar. Rugilah anda yang ada handfon atau laptop yang canggih tapi tak dimanfaatkan. Allah dah beri nikmat kena bersyukur banyak-banyak.

Tujuan saya bukan untuk berbangga dengan takdir Allah ni, cuma saya nak jelaskan dengan adanya blog ni kita dapat berkongsi ilmu yang kita ada untuk dimanfaatkan sebagai jariah ke jalan Allah. ilmu yang dikongsi jika dimanfaatkan akan menjadi sedekah yang tidak terhitung nilainya, bukan mencari keuntungan dunia semata-mata.

Setiap hari jika ada ilham boleh tulis di blog dan cerita itu tidak akan hilang berbanding di facebook. Sangat berbaloi dan masa belajar boleh tentukan sendiri. Tahniah puan Masayu Ahmad yang memiliki idea yang sangat hebat untuk membantu wanita celik IT.
(sumber : http://asmahmdisa.blogspot.com/2013/11/syukur-nikmat.html)
 

____________________________________________________________________
 
 

 
 
Dua kelas masih berlangsung:
1. Kelas asas blog dan penulisan Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Kelas asas blog dan fan page
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
 
Sebab perlu masuk kelas asas blog online:

1. Kelas adalah fleksibel-
Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah ada juga jejak, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Kumpulan sokongan.
Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam grup tertututup ademi bekerja di rumha. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.

3. Sangat sesuai surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidka tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kit asedia kan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumha yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.

6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.

Berminat untuk turut serta tambah ilmu dalam dunia berblog, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
 
sms / wtsapp : 017-7912993
 
 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993



Comments

Popular Posts