Bermula dengan Blog
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Jika ada yang tertanya bagaimana hendak mula. Mulalah dengan apa yang ada. Ada komputer, internet. Terus jalan. Mula gunakan dua peralatan ini semaksimumnya. Jika tidak tahu bagaimana cara menggunakannya untuk mendapat hasil, cari dan gali. Belajar cara untuk bermula pula. Cari ilmu, cari mentor yang boleh membimbing kita untuk berjaya. Blog adalah salah satu permulaan asas mengasah ilmu pemasaran. Juga sebagai medan yang sangat asas untuk memperkenalkan diri dan juga produk.
Untuk bergelar WAHM bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang mahu mengambil keputusan nekad berhenti bekerja tanpa merancang dengan betul. Sebelum berhenti, rancanglah kewangan untuk 3 tahun pertama sebagai persediaan, juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti (3t 3s).
Berapa sasaran yang kita mahu pada 3 tahun persediaan awal. Contohnya jika mahu RM3k bersih pendapatan, kita perlu usahakannya dalam 3 tahun percubaan sebelum berhenti kerja. Inilah yang perlu kita lakukan secara sambilan dahulu. Jika tidak pasti akan mengalami masalah tekanan 3 kali ganda mental dan fizikal.
Dan juga 3 tahun persediaan kewangan selepas berhenti, kerana 3 tahun pertama inilah yang betul-betul kritikal. Jika kita tiada persediaan pasti mudah patah semangat.
Juga baca dalam ebook 101 idea home based bisnes. Bagaimana mahu merancang dan sasar matlamat, persediaan yang perlu dilakukan sebelum berhenti dan selepas berhenti. Jangan main terjah saja tanpa persediaan
Walaupun begitu, sudah ramai juga yang bergelar WAHM yang berjaya, kerana mereka merancang dengan rapi. Berjaya juga tempoh 3 tahun sebelum dan 3 tahun selepas yang kritikal itu.
http://studiokenaria.blogspot.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html
Inspirasi Super Wahm, Super Mom
Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah
langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana
tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada
kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.
Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.
Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka
untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja
dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.
"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013
(Sumber : Ebook super wahm super mom)
Bakal terbit pada 30 November ini
dengan harga promosi RM30 SAHAJA
Teks: Masayu
Ahmad
Blog pertama yang
kalian selalu singgah ini sudah banyak berjaya kepada saya. Saya mulakan dengan
apa yang ada, apa yang saya suka dan apa yang boleh memberikan hasil. Ketika
kecewa manuskrip ditolak, saya tidak pernah mengalah, tetapi hati degil saya
berkata tak apa belum rezeki. Jadi saya teruskan lagi. En.suami belikan saya
komputer, belikan printer, dan apa sahaja galakan dan sokongan.
Saya juga menerima
penolakan demi penolakan dan akhirnya buku Jana RM Dari Rumah terbit juga.
Setelah itu saya masih berusaha seperti biasa agar lebih banyak buku-buku lain
juga terbit ada di pasaran. Hati sangat gembira apabila melihat buku Jana Rm
Dari Rumah terpapar di MPH, Popular. Saya terus lagi menulis. Rupanya Alah mahu
khabarkan kepada saya usaha lagi, usaha lagi.
Jadi apabila sudah
lama sangat menunggu, saya mendapat restu lagi, rupanya Allah mahu berikan jalan
kepada saya agar berkongsi rezeki dengan surirumah yang lain.
Pertanyaan demi
pertanyaan bagaimana mahu mula. Jadi itulah sebab saya mulakan dengan apa yang
sudah saya mulakan, iaitu bermula dengan blog dan mulakan dengan apa yang ada.
Blog ini banyak memberi hasil kepada saya, bukan sekadar rezeki, sahabat yang
baik dan juga barisan rakan niaga yang setia. Alhamdulillah.
Maka lahirlah
akademi bekerja di rumah, iaitu antara pengisiannya adalah kelas secara online
sahaja. Ia jawapan kepada banyak pertanyaan, iaitu mulakan dahulu dengan blog
dan jual produk orang lain. Itu sahaja, itu adalah permulaan saya,
memperkenalkan diri di medan internet.
Jujur saya kata,
selepas bersara dari dunia wartawan, dunia saya masih dunia penulisan. Tetapi
saya hadkan keluar, kerana saya ini mungkin tidak suka suasana hiruk pikuk,
orang ramai. Cuba tanya rakan niaga saya, berapa ketul sahaja yang sudah
berjumpa dengan saya, hanya sahabat-sahabat lama sahaja. Bukan tidak mahu
berjumpa, tetapi itulah Masayu Ahmad, suka bekerja belakang tabir dan saya kekal
begini.
Apabila ada yang
mahu bertandang ke rumah juga, saya sukar mempelawa kerana lebih selesa berjumpa
di luar. Maafkan saya, saya masih menjaga privasi diri dan keluarga. ;)
Terima kasih kalian
atas segala sokongan dan kasih sayang. Saya sungguh terharu, saya tidak sangka
sampai ke sini perjalanan saya. Alhamdulliah, nampak cantiknnya perjalanan yang
Allah aturkan. Jika penolakan berlaku, itu maksudnya ada sesuatu yang lebih baik
Allah mahu berikan.
Bertahan, berusaha,
fokus, konsisten, jangan cepat putus asa. Itu sahaja.
Bagaimana mahu memulakan perancangan dengan blog. Sertai saya di Akademi Bekerja Di Rumah, yang menawarkan empat kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog
penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik
traffik ke blog.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Hubungi saya untuk turut serta dalam mana-mana kelas pilihan :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
Protege kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif akan
menerima bonus tambahan, sebuah novel bertajuk Kabus Rindu tulisan Monalita
Mansor terbitan EMP Publication.
TAWARAN bonus ini dibuka sehingga 31/12/2013!!!!!
TAWARAN bonus ini dibuka sehingga 31/12/2013!!!!!
Hubungi saya untuk pendaftaran kelas online kreatif ini
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
Comments
Post a Comment