Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


Sabtu lepas, Cuti Deepavali kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu en. suami, di Tenggaroh Mersing. Kami bergerak ke sana lebih kurang jam 12 tengah hari. Lama dah tak hadiri majlis perkahwinan kerana biasanya cuti hujung minggu pasti saya kesibukan dengan kelas. Kebetulan pula majlis diadakan pada cuti umum, kelas pun turut cuti.
 
Sampai di sana lebih kurang jam 1 tengah hari kami menjamu selera dahulu kerana masing-masing kelaparan dan memang hajat hendak terus makan di sana. Tetamu dijamu dengan nasi ayam. Kenduri kahwin sekarang ni pun tukang masak mahu masak ringkas dan cepat. Nasi ayam memang menu yang ringkas. Tak berapa banyak kerja sangat.
 
Sebenarnya apa yang saya hendak kongsikan ialah majlis perkahwinan mereka ini alhamdulillah berjalan lancar dengan meriah sekali. Kami pulang lebih kurang jam 5 petang, ketika itu tetamu pun sudah tidak ramai. Sebenarnya sepupu kami ini anak yatim piatu, sudah kematian bapa, dan baru sahaja kematian ibu setahun yang lepas. Yang tinggal hanyalah adik beradik mereka. 4orang lelaki yang belum berkahwin, dan 2 orang perempuan, dan salah seorangnya pengantin. Manakala 3 lagi adik beradik mereka sudah berkahwin. Usia mereka pun lebih kurang juga usia kami suami isteri. Masing-masing awal 20-an, dan yang sudah berkahwin awal 30 an.
 
Apa yang saya lihat sepanjang di sana, majlis berjalan lancar sekali. Masing-masing sudah diagihkan tugas sendiri. Mereka sangat bersepakat dan bergotong royong dalam menyempurnakan majlis kenduri tersebut. Nampaknya seperti ada orang lebih tua dan berpengalaman yang menguruskan majlis tersebut. Kerana saya percaya mereka adik beradik yang menguruskannya, dibantu jiran-jiran setempat. Saudara mara memang tiada yang tinggal berdekatan mereka, masing-masing agak jauh daripada kawasan mereka. Tambahan pula, dengan penduduk kampung kawasan Felda di sana yang sangat prihatin dan ambil berat antara satu sama lain.
 
Ketika dalam perjalanan pulang, saya bercerita dengan en. suami. Katanya itulah hasil didikan kedua ibu bapa mereka. Memang arwah makcik dan pakcik saudara kami ini tegas dalam mendidik anak-anak. Pertalian adik beradik antara mereka sangat erat, setiap pekerjaan yang dilakukan semuanya bersepakat dan bekerjasama antara mereka.
 


 
 

wassalam.

Ikhlas,
Tinta Penulis. 
 


 

 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
 

Comments

Popular Posts