APA ITU SOHO (Small Office Home Office)
(Sumber : Ebook 101 idea home based bisnes)
Kembali kita ketika usia kecil,
kedai runcit, kedai makan dan tukang jahit adalah contoh paling mudah.
Operasinya sama ada kedai bersambung dengan kediaman atau hanya beberapa
langkah, atau di sebelah rumah sahaja. Tukang jahit biasanya
menggunakan ruang di rumah untuk operasi menyiapkan pakaian. Ia masih
kekal hingga kini bagi tukang jahit yang beroperasi hanya dari rumah.
Dahulu tiada istilah pejabat kecil di rumah atau SOHO, istilahnya adalah
bekerja sendiri, atau berniaga sendiri secara kecil-kecilan
3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.
Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New
Zealand, Jepun, rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di
kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang
trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia,
sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu
mendominasi.
Ia semakin berkembang dan pilihan
bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang
proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif,
fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan
kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang
serius mengusahakan bisnes skala kecil.
Dalam capaian maklumat yang semakin
merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja
dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan
hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan
pendapatan lumayan. Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.
Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga
secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah
risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang
baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik,
pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa
30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan
berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
Sedangkan pilihan untuk bekerja di
rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi
pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian
pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup
untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari
bilik tidur.
Bila trend SOHO bermula?
Jika kita perhatikan apabila melalui kebanyakan jalan
utama atau jalanraya yang sibuk. Didapati tepi kiri dan kanan bahu
jalan adalah potensi yang boleh dijadikan sebagai operasi bisnes skala
kecil. Contoh laluan jalan utama yang menghala ke bandar. Jika di kiri
jalan ada, pasaraya kecil, nurseri tanaman, kedai makan, pasar basah,
gerai-gerai kecil berbentuk kiosk seperti kosmetik, butik pengantin,
salun kecantikan, gudang tempat membaiki lori, kedai runcit untuk
barangan harian, gerai makan, kedai menjual produk pinggan mangkuk,
bengkel basikal.
Apa yang menariknya ialah ada kalangan
pemilik bisnes kecil ini adalah tuan tanah yang asal. Di belakangnya
adalah kediaman, ada ruang sedikit pada bahagian depan rumah dijadikan
apa sahaja operasi bisnes. Ada juga deretan rumah kedai. Di depannya
kedai dobi, kedai keperluan kanak-kanak dan bayi, keropok lekor dan
sebagainya. Rumah kedai ini adalah disewa dan ada juga pemilik yang
sebenar. Apa konsep ini. Ini juga adalah konsep SOHO, tetapi di
bandar-bandar kecil ia telah lama diamalkan. Kini ramai yang mula
memilih kawasan luar bandar yang berlokasikan bandar kecil, mula
mendiami kediaman yang bercirikan konsep SOHO.
SOHO Moden
Apa yang membezakan dengan jelas SOHO moden ialah
perubahan dalam penguasaan dan pengaruh teknologi maklumat. Sudah
tentunya internet dijadikan satu lagi medium pemudah cara untuk capaian
aktiviti pemasaran yang lebih agresif. Konsep kedai maya atau dikenali
juga sebagai kedai online sudah menjadi banyak pilihan buat ramai
pemilik SOHO. Ia boleh saja berada di ruang atau sebuah bilik di dalam
rumah.
Ia juga dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang
semakin baik, sudah ada sistem yang lebih cekap untuk SOHO yang lebih
efisien. Ditambah pula dengan peralatan atau gajet terkini yang membantu
memudahkan operasi SOHO trend moden.
Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh
wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan
ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak
terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama
keluarga.
Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah
adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian
anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang
keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan
pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk
melakukan banyak kerja serentak.
Mungkin pada satu-satu masa boleh
bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan
satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa
santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.
Kesempatan untuk mengurangkan kos
bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun
bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran
dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.
Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak
semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih
kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja
yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina
imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang
datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika
kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.
Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil
dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi
mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh,
pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima
atau menerima panggilan bakal pelanggan.
Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin
yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan
seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor
atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima
panggilan dan sebagainya.
Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran
matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas
melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel,
tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang
tepat.
Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti
majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih
produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri
seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau
apa sahaja kegiatan sosial yang lain.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya
macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah.
Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani
menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda
merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang
bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya
jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan
untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula
menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.
1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.
2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.
1. Lakukan secara sambilanSekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.
2. Cuti tanpa gajiJika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.
3. Menjana pendapatan sampinganAnda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.
Baca lebih lanjut di dalam ebook 101 idea home based bisnes.
BAKAL TERBIT 30 NOVEMBER INI
Dapatkan ebook ini dengan harga promosi PRE ORDER
hanya RM30 SAHAJA
EBOOK 101
IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101
Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Comments
Post a Comment