10 Muharram Hari Assyura

Teks : Anys Idayu Zakaria


KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda ''Barangsiapa yang berpuasa pada hari asyura (10 Muharram) maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari asyura, maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah swt akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.  Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah saw yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
 

Antara peristiwa yang telah terjadi pada hari asyura ialah :
 
1. Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari asyura
 
2. Allah menjadikan laut pada hari asyura
 
3. Allah menjadikan bukit-bukit pada hari asyura
 
4. Allah menjadikan Nabi Adam dan Hawa
 
5. Lahirnya Nabi Ibrahim pada hari asyura
 
6. Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api pada hari asyura
 
7. Allah telah menenggelamkan Firaun pada hari asyura
 
8. Allah menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub pada hari asyura
 
9. Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari asyura
 
10. Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari asyura
 
11. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari asyura.
 
 
Antara perkara sunat yang dilakukan pada hari asyura (10 Muharram) ialah :
 
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadilatnya Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
 
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya Allah akan melapangkan dalam kuburnya
 
3. Menahan marah. Fadilatnya di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
 
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusapk kepala anak yatim. Fadilatnya Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya Allah akan menjauhkan daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat. Fadilatnya tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat "sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadilatnya tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga 1000 kali. Fadilatnya Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat ''sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah Taala.'' Rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali

12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Berpuasa. Fadilatnya diberikan pahala 1000 kali haji, 1000 kali umrah dan 1000 kali syahid, dan diharamkannya daripada neraka.
sumber : http://www.al-azim.com



_________________________________________________________________


Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online

Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993



Comments

Popular Posts