WAHM SAHM SOHO - Mulakan sekarang
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah, sudah 1 Oktober hari ini. Bermakna lagi 3 bulan akan ke tahun 2014, 12 minggu bersamaan dengan 92 hari. Pejam celik, pejam celik sedar tak sedar sudah masuk tahun 2014. Sekejap masa berlalu. Sungguh rugi bagi yang tak ambil apa-apa tindakan dari sekarang. Walau hanya 3 bulan terakhir, ambillah tindakan sekarang. Sekurang-kurangnya kita boleh bawa apa yang sudah kita mulakan ke tahun hadapan. Sudah separuh atau suku impian kita tercapai. Mari kita mula semak KPI yang dirancang sepanjang tahun ini. Adakah sudah tercapai, masih dilaksanakan, belum dilaksanakan atau kita tak ada langsung mencatat sebarang azam dan KPI yang mahu dilaksanakan sepanjang tahun.
Jika masih dalam perancangan, tak salah kita ambil langkah berani, mulakan sekarang. Kita fikirkan kejyaan besar yang sedang menanti di hadapan. Dengan mengimpikan sesuatu yang besar, kita akan memaksa diri untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, bertindak dalam menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Bagi yang baru mula hendak berbisnes, mula berjinak-jinak dalam dunia menambah pendapatan, saya cadangkan mulakan dari apa yang kita ada sekarang. Tak perlu modal besar. Juga jangan ambil tindakan yang terlalu drastik seperti terus berhenti kerja kerana mahu bekerja di rumah. Pastikan kedudukan kewangan sudah benar-benar stabil, perniagaan juga berkembang baik, barulah boleh mula duduk di rumah.
Tiada jalan pintas untuk kita berjaya. Jika kita rajin membaca dan mengkaji kisah mereka yang sudah berjaya, mereka juga sebenarnya tercalit begitu banyak pahit maung sebelum melalui fasa kemanisan. Bagi yang mahu bertindak sekarang, cabarlah diri sendiri.
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
Cabaran paling besar adalah diri sendiri.
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadimereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.
Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan.
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.
Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.
PAKEJ WAHM SOHO - PANDUAN MULA BISNES BUTIK
PAKEJ WAHM SOHO - MULA BISNES MAKANAN
Pendaftaran kelas asas membina blog setiap hari. 2 kelas berlangsung :
1. Kelas asas membina blog penulisan
2. Kelas asas membina blog fanpage bisnes
Hubungi saya untuk pendaftaran masuk.
Comments
Post a Comment