Teks : Anys Idayu Zakaria
Pasti ramai tertanya-tanya, apakah keunikan Akademi bekerja di rumah ini. Jom baca sini
apakah uniknya akademi kami? Ya memang unik,
kalau kita pergi kursus atau seminar yang lain, perlu himpunkan 2 atua 3 orang penceramah
cth: 1 penceramah kursus teknikal-iaitu langkah demi langkah
2. penceramah yang memberi motivasi
3. penceramah yang menyampaikan pengalaman dalam bidang tersebut contoh dalam bisnes butik
ok baik, apa pula uniknya kami? lagi sekali
1. Kami ada kelas kursus kemahiran, iaitu buka kedai online, langkah
demi langkah, jika ada produk boleh gunakan, jika tidak ada kita
sediakan
2. Bagaimana pula motivasi? Ia disampaikan oleh lebih 10
orang serentak dalam bentuk penceritaan, dan ia ada dalam setiap buku
yang kita berikan. Contoh, ebook super wahm super mom, ialah kisah
realistik ibu-ibu yang berpendidikan yang mendahului merasai pengalaman
pahit manis bekerja di rumah. Kita tidak jemput mereka tetapi
perkongsian itu sudah ada dalam ebook. Jadi boleh baca bila-bila masa.
3.Manakala dalam kategori bidang, kalau pelajar itu suka buat kek maka
ebook bisnes makanan adalah sesuai, kerana dalam itu sudah diberikan
perkongsian pengalaman sebenar dalam bisnes makanan. Bukan seorang
tetapi lebih dari 10 orang berkongsi kisah benar.
4. Apa lagi?
Kami sediakan pula tapak-tapak iklan, jadi selain belajar, mengambil
ilmu, mengambil inspirasi. Boleh pula melebarkan sayap dengan beriklan
di rumah-rumah yang didatangi pelanggan. Rumah itu adalah blog, iaitu
seperti lot-lot kedai. Kami ada lebih 120 agen lot yang membantu promosi
bisnes sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan
penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi
mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca
suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada
pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan
momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang
dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100
blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara,
menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka
tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea
untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di
atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu
sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan
page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang
benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami
menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang
periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana
pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah
seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk,
surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini
adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan
otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini.
Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman.
Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang
tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan,
belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm SAYA atau
mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Comments
Post a Comment