Ulasan Protege yang Telah Mengikuti Kelas Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle




Sumber: http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/10/amazing-race-ulasan-kelas-blog-dan.html
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana.
Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju.

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri?
 
**************************************************************************************************
Alhamdulillah, inilah perkongsian ikhlas yang ditulis oleh salah seorang protege di akademi kami. Bagi yang mahu selami dunia berblogging, apa kata turut serta dalam kelas online ini. Kelas sangat fleksibel mengikut kesesuaian masa sendiri, dan tiada paksaan dalam melaksanakan tugas. Juga ikut pada jadual protege sendiri, ada pelajar dalam tempoh 10 hari sudah siap tugasan. Ada juga dalam tempoh sebulan. Jadi kami tidak memaksa pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, cumanya cepat siap cepatlah kalian dapat menuai hasil semula.
 
Sebab perlu masuk kelas asas blog online:

1. Kelas adalah fleksibel:
Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah ada juga jejak, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Kumpulan sokongan.
Selepas selesai semua tugasan, peserta akan diserap masuk dalam group tertututup akademi bekerja di rumah. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.

3. Sangat sesuai surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang tempahan, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kita sediakan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumha yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.

6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.

 

 
Pakej Bekerja di rumah, khas untuk mereka yang sedang merancang untuk mula bekerja di rumah pada tahun hadapan. Boleh dapatkan pakej ini dahulu sebagai bahan bacaan dan persediaan awal
 
 

 
Promosi ebook percuma untuk pendaftaran kelas online asas membina blog sempena Oktober yang bakal berakhir. Hari ini hari terakhir untuk rebut promosi ini. Hubungi saya untuk dapatkan promosi ini
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
 
 

Comments

Popular Posts