Sudah Jadi WAHM?

Teks : Anys Idayu Zakaria


Saya pasti ramai yang tertanya-tanya adakah saya sudah berhenti kerja, dan menjalankan bisnes sepenuh masa. Juga saya pasti ramai yang mahu tahu kenapa saya selalu bercerita tentang kelebihan berbisnes dan menjadi WAHM, tapi dalam masa yang sama saya masih bekerja. Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan dan kesihatan kepada saya untuk terus bekerja, dalam masa yang sama menjadi suri rumah, isteri dan ibu kepada dua puteri tersayang. Hujung minggu pula saya sibuk dengan kuliah di UTM. Dan dalam masa yang sama saya rancak menjalankan bisnes online.  
 
Buat masa sekarang saya masih lagi bekerja di Jabatan Kerajaan. Masih jauh lagi perjalanan hidup dan kerjaya yang saya mahu tempuhi. Masih ada lagi perancangan kerjaya yang belum saya capai sepenuhnya. Masih banyak pengalaman dan cabaran yang mahu saya kutip. Impian saya untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sejak kecil dan sehingga kini impian saya melanjutkan pelajaran sehingga mendapat PHD.   Saya mesti cuba realisasikannya. Juga itulah hasrat kedua ibu bapa saya untuk melihat saya belajar dan berjaya dalam pengajian. Jadi saya mesti realisasikan impian memiliki segulung sijil ini untuk saya hadiahkan kepada mereka berdua.
 
Manakala bisnes pula adalah minat saya. Sejak dahulu saya memang minat untuk berbisnes, di samping mahu mempunyai kebebasan kewangan. Minat inilah yang mendorong saya untuk terus menjalankan bisnes tanpa henti. Jika dulu saya memang pantang mendengar bila orang memberi tawaran untuk menjalankan bisnes, saya pasti akan cuba untuk turut serta dalam bisnes tersebut. Tapi kini saya lebih suka dan seronok menjalankan bisnes online. Saya rasa masa dan status saya yang sentiasa sibuk dengan tugas pejabat, tugas di rumah dan belajar, saya lebih sesuai menjalankan bisnes secara online sahaja. Sejak saya aktif menulis di blog, dan menjadi salah seorang guru online di Akademi bekerja di rumah saya semakin seronok melihat semakin ramai rakan-rakan yang mula berbisnes. Saya juga seronok melihat mereka berjaya dalam bidang bisnes. Insya Allah, dengan status sebagai guru online di akademi ini, sedikit sebanyak dapat juga saya memberi sumbangan kepada wanita bekerjaya dan suri rumah yang mahu memulakan bisnes untuk merasai keseronokan mempunyai bisnes sendiri. Malah mempunyai pendapatan sendiri yang tidak hanya bergantung kepada para suami sahaja. Semoga dengan ilmu yang saya perolehi di akademi ini, dan juga sedikit ilmu bisnes dari pengalaman sendiri yang saya berikan kepada protege di kelas online ini dapat mereka praktikkan. Dan dapat menjadi saham saya di sana.  
 
Satu kepuasan pada saya jika dapat membimbing mereka  yang hanya bekerja di rumah dan mempunyai bisnes sampingan. Tapi belum sampai masanya untuk saya sendiri berhenti kerja dan menjalankan bisnes sepenuh masa. Buat masa ini, saya perlu membina satu tembok yang kukuh dalam bidang bisnes. Jika ditakdirkan satu hari nanti saya menjadi WAHM, sekurang-kurangnya saya sudah ada tembok kukuh yang sukar untuk dirobohkan, dan dengan tembok inilah saya boleh jadikan landasan untuk terus bertapak lebih jauh.
 
 
Salam kasih sayang.
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
 
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Facebook : anies.aiz
 
    
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular Posts