Ruginya Tak Buat Bisnes Online
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian google
# Produk borong
Foto : Carian google
Saya ada terbaca di laman blog ini ( http://www.pakdi.net) -
Zaman internet sekarang sangat rugi jika kita masih belum menggunakan kemudahan
ini untuk menjana wang walau dengan hanya RM1. Dan cara yang paling mudah mendapat pendapatan
adalah dengan menulis. Juga dapat menanam saham di akhirat.
Apa maksudnya dengan menulis. Maksudnya kita tulis apa sahaja mungkin bercerita tentang hobi, pengalaman, kepakaran, kemahiran. Juga kita boleh tulis novel atau cerpen bersiri. Jika kita menjalankan bisnes online produk, kita boleh menulis kelebihan dan kebaikan produk tersebut. Dengan blog juga kita boleh menjana duit melalui tulisan dan saham di akhirat juga melalui penyampaian tulisan kita di blog. Mudah-mudahan mereka yang membaca, mengamalkan apa yang kita tuliskan. Insya Allah kita sudah sebarkan ilmu bermanfaat itu.
Sangat rugi sebenarnya mereka yang suka mengadap facebook atau internet, tanpa lakukan apa-apa aktiviti. Daripada kita duduk baca status dan perkongsian orang lain, apa kata kita pula yang hasilkan duit. Mungkin status mereka yang kita baca tu menghasilkan duit pada mereka. Siapa tahukan. Jadi kita tukar pula biar mereka baca status dan perkongsian kita, mereka beli produk kita hasilnya kita sudah menjana pendapatan melalui facebook sahaja. Seronok bukan. Jika kita bisnes online pun bukan susah mana kerja yang kita perlu lakukan. Hanya kemaskini produk yang ada. Masukkan dalam facbeook atau blog. Jangan berhenti bercerita tengan produk dan promosi melalui facebook dan blog. Dan bagi yang masih terfikir-fikir bisnes apa yang mahu dimulakan, cuba kita fikir masalah kemudian barulah penyelesaian. Bisnes merupakan penyelesaian masalah.
Cuba pelbagaikan medium promosi. Contohnya tidak semua orang membeli dan mencari
produk melalui facebook. Ada juga setengah orang yang suka membuat carian
barangan atau produk di carian google atau yahoo. Dan jika kita perasan, carian
di google@yahoo kebanyakkannya yang keluar
adalah senarai blog atau website. Ada juga facebook, tapi tidak begitu banyak.
Jadi maksudnya, blog adalah tempat yang sesuai untuk meletakkan produk kita.
Prmosi habis-habisan di situ, pelanggan di carian googgle sangat-sangat meluas
berbanding facebook.
Jom kita realisasikan impian 2014, mungkin salah satu azamnya mahu ada bisnes sendiri atau pendapatan sampingan. Jadi lebih kurang 2 bulan terakhir ni, apa kata kita gunakan peluang ini untuk bermula dulu. Sekurang-kurangnya dalam masa 2 bulan ini kita sudah "setup'' di minda dan juga sudah ada sedikit ilmu untuk terus mengorak langkah pada tahun hadapan.
sertai kami di Akademi
Bekerja Di Rumah. Menawarkan kelas berikut :
1. Kelas asas blog
dan penulisan -Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan
kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada
keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis
kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog
dan fan page (bisnes) Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, ami
sedai membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo.
Jika tidak ada kami sediakan untuk produk dropship :
# Produk fizikal, produk sunnah, buku ilmiah
# Produk digital - ebook
# Agen pengiklanan
Hubungi saya untuk pendaftaran kelas online ini. Di kelas ini, kami akan ajar cara untuk memulakan bisnes dengan menggunakan blog.
Comments
Post a Comment