Pengurusan Akaun Bisnes Online
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Rekod akaun yang kita perlu uruskan ialah rekod akaun tunai, atau rekod akaun bank, duit yang masuk dan keluar semua perlu direkod. Sebaiknya kita beli satu buku lejer dan buat juga rekod akaun dalam excel (komputer). Sekarang lebih mudah, kita boleh menggunakan google drive. Kita perlu rekod setiap jualan dan belian. Tutup akaun hujung bulan untuk menentukan tahap kewangan bisnes yang kita jalankan pada bulan tersebut. Dari situ kita boleh tahu peningkatan bisnes kita setiap bulan. Bila kita sudah merekod jualan setiap bulan, dari situ kita boleh lihat dan kira modal untuk pusingan dan keuntungan yang diperolehi. Kita juga akan dapat melihat berapa banyak keuntungan bulan tersebut, dan berapa wang yang ada di tangan yang boleh kita pusing dari keuntungan tersebut. Kita boleh tentukan juga berapa peratus yang hendak diambil sebagai gaji. Sebaiknya ambil jangan lebih daripada 1/3 daripada nilai keuntungan yang diperolehi. Biasanya pada beberapa bulan pertama bisnes, mungkin tiada gaji yang dapat diambil. Kumpulkan dulu untuk kita buat modal pusingan. Wang yang ada di tangan pada suatu tempoh, pada awal atau hujung bulan inilah modal pusingan kita. Kita perlu tolak terlebih dulu perbelanjaan tetap berkaitan bisnes seperti bayaran bil internet, telefon, khidmat kurier. Perbelanjaan seperti beli beg tangan, yuran sekolah anak tidak termasuk dalam perbelanjaan tetap bisnes ya. :)
Foto : Carian goggle
Hari ini saya nak berkongsi sedikit panduan macam mana untuk menguruskan akaun bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes ini. Sebenarnya saya pun bukanlah pro dalam bab-bab pengurusan akaun ni. Tapi di sini sedikit perkongsian daripada salah seorang peniaga online yang memang ada kepakaran dan kemahiran dalam menguruskan akaun.
Pengurusan akaun ini sangat penting untuk mereka yang menceburi bidang perniagaan, tidak kira secara online atau offline. Samada yang baru berbisnes atau yang sudah lama berbisnes. Sedangkan akaun personal yang tidak ada bisnes pun kita perlu uruskan dengan rekod akaun yang betul, inikan pula mereka yang memiliki bisnes. Juga yang lebih penting ialah mempunyai satu buku log yang merekod setiap pesanan pelanggan. Rekod pelanggan, nama, no telefon, alamat, dan email itu adalah maklumat yang sangat-sangat penting untuk disimpan oleh setiap peniaga.
Rekod akaun yang kita perlu uruskan ialah rekod akaun tunai, atau rekod akaun bank, duit yang masuk dan keluar semua perlu direkod. Sebaiknya kita beli satu buku lejer dan buat juga rekod akaun dalam excel (komputer). Sekarang lebih mudah, kita boleh menggunakan google drive. Kita perlu rekod setiap jualan dan belian. Tutup akaun hujung bulan untuk menentukan tahap kewangan bisnes yang kita jalankan pada bulan tersebut. Dari situ kita boleh tahu peningkatan bisnes kita setiap bulan. Bila kita sudah merekod jualan setiap bulan, dari situ kita boleh lihat dan kira modal untuk pusingan dan keuntungan yang diperolehi. Kita juga akan dapat melihat berapa banyak keuntungan bulan tersebut, dan berapa wang yang ada di tangan yang boleh kita pusing dari keuntungan tersebut. Kita boleh tentukan juga berapa peratus yang hendak diambil sebagai gaji. Sebaiknya ambil jangan lebih daripada 1/3 daripada nilai keuntungan yang diperolehi. Biasanya pada beberapa bulan pertama bisnes, mungkin tiada gaji yang dapat diambil. Kumpulkan dulu untuk kita buat modal pusingan. Wang yang ada di tangan pada suatu tempoh, pada awal atau hujung bulan inilah modal pusingan kita. Kita perlu tolak terlebih dulu perbelanjaan tetap berkaitan bisnes seperti bayaran bil internet, telefon, khidmat kurier. Perbelanjaan seperti beli beg tangan, yuran sekolah anak tidak termasuk dalam perbelanjaan tetap bisnes ya. :)
Jadi bagaimana cara untuk pusingan modal? Berapa yang ada di tangan atau dalam akaun bank, selepas ditolak perbelanjaan tetap bisnes, itulah modal pusingan. Gunakanlah untuk membuat belian stok baru produk jualan kita. Disiplinkan diri dan cuba amalkan sikap TIDAK keluarkan wang dari akaun bank bisnes untuk perbelanjaan TERKEJUT kerana keperluan rumahtangga. Ini biasa terjadi bagi ibu-ibu WAHM, malah terlalu banyak keluhan mereka yang tidak cukup modal pusingan. Jika kita sudah tetapkan hanya RM300 sahaja untuk sebulan sebagai gaji, maka hanya keluarkan sebanyak itu sahaja. atau kita perlu sikitkan modal pusingan jika kita sudah terlebih guna. Jadi berdisplinlah dalam menjaga dan menguruskan akaun bisnes anda.
Untuk lebih lanjut mungkin kita boleh menghadiri mana-mana seminar kewangan. Di sini hanyalah perkongsian biasa sahaja, bagi kami yang memang menjalankan bisnes online. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Yong atas perkongsian ini. Bagi yang mahu belajar mengurus akaun dengan lebih details, boleh berhubung terus dengan Kak Yong.
Promosi untuk mereka yang mahu mula bekerja di rumah. Promosi bulan ini. Hanya Bayar RM100 sahaja dan dapatkan 3 ebook ini. Hubungi saya untuk promosi ini.
Juga boleh mendaftar masuk kelas online asas membina blog.
Comments
Post a Comment