Pengawas Sekolah

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


Ini cerita minggu sudah. Baru hari ini sempat berkongsi. Khamis lepas kakak bawa balik surat tawaran menjadi pengawas pencubaan untuk tahun 2014. Kata kakak dalam kelasnya hanya 3 orang sahaja yang mendapatkan surat tawaran ini. Surat tersebut ditunjukkan kepada Papa. Saya memang sudah tahu jawapannya. Papa tak benarkan kakak jadi pengawas. Alasannya tiada masa belajar dan di sekolah nanti perlu banyak keluar kelas untuk menjaga keadaan sekolah. Memang dari sejak awal persekolahan papa dah pesan.
 
Memang saya pun bersetuju sebenarnya. Bukan apa. Sekarang ni pun kita tengok sahaja tingkah laku anak-anak sekolah. Baru usia 7 tahun mereka ini lebih agrasif dan lasak jika nak dibandingkan dengan anak tahun 90-an. Risau juga saya jika kakak jadi pengawas, jika ditegur-tegur kesalahan pelajar mereka membalas dendam pula. Sedang sekarang ni, kakak merupakan Ketua Kelas. Balik sekolah selalu juga bercerita kawan-kawan suka mengejek dan memarahi kakak kerana mengambil nama mereka yang membuat bising di dalam kelas. Saya nasihatkan kakak jangan sesekali berlawan dengan mereka. Kebanyakkannya pelajar lelaki. Mereka ini lebih nakal jika tiada guru di dalam kelas. Bimbang pula nanti kakak yang akan diapa-apakan.
 
Untuk mengelakkan kakak rasa sedih kerana tidak dapat jadi pengawas, saya bercerita bahawa jadi ketua kelas juga lebih bagus berbanding pengawas. Jika menjadi pengawas terpaksa keluar rehat lebih awal dan datang lebih awal sedikit kerana perlu menjaga. Jadi saya terpaksalah menggunakan teknik seperti ini. Mungkin juga kakak mengikut cara saya dahulu ketika bersekolah. Sejak darjah 3 sehingga darjah 6 saya menjadi pengawas sekolah. Bersambung pula di sekolah menengah sehingga Tingkatan 3. Tapi dulu berbeza jika hendak dibandingkan zaman sekarang. Zaman sekarang anak-anak lebih berani jika kita menegur-negur kesalahan mereka. Lebih-lebih lagi jika rakan sedarjah. Saya katakan pada kakak, tak mengapa mungkin lain kali tawaran menjadi pengawas perpustakaan pula (papa benarkan kalau jadi pengawas perpustakaan).
 
 

Comments

Popular Posts