Minat, Asas, modal
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Untuk memulakan bisnes online, kita perlu lihat dulu apa
yang kita minat. Kenapa? Sebab apa yang kita minat buat atau hobi biasanya
kita akan suka lakukan. Pasti buat dengan sungguh-sungguh.
Mulakan dengan apa yang kita minat biasanya akan mencepatkan proses kita
berjaya. Kita lebih mudah focus pada apa yang kita suka lakukan. Sebagai
contoh, jika kita minat sangat mengait. Suka mengait baju sejuk, topi atau apa
sahaja untuk dijadikan cenderamata. Apa kata hobi itu kita jadikan pula sebagai
salah satu cara untuk menjana pendapatan. Tak mungkin kita yang sudah arif dan
mahir mengait mahu pula mengambil tempahan memasak, kerana kita sendiri pasti
tahu kebolehan kita memasak setara mana. Pilihlah apa yang kita minat lakukan.
Bisnes online tidak memerlukan modal yang terlalu besar
seperti bisnes biasa atau membuka kedai. Kita tak perlu fikirkan bayaran sewa
kedai, bil air, bil api, bayaran gaji pekerja, serta kos senggaraan dan upah
yang lain. Apa yang diperlukan untuk bisnes online hanyalah sebuah computer
atau laptop dan juga talian internet. Jika zaman sekarang sudah boleh gunakan
telefon @ gadget canggih yang kita miliki. Hanya perlu pasarkan produk yang
kita ada dalam talian internet. Malah kebanyakan medium yang ada semuanya
percuma seperti facebook, blog, twitter, mudah.my dan lain-lain lagi. Hanya
perlu pandai dan ada sedikit kemahiran untuk mengakses medium ini. Jika kita
ada sedikit modal kita boleh beli beberapa produk yang mahu kita jual secara
borong. Belian borong daripada pembekal akan mendapat harga jauh lebih rendah
berbanding belian runcit biasa. Sebagai contoh kita keluarkan modal sebanyak
RM200 untuk membeli borong dan kita kumpul sedikit –sedikit keuntungan tersebut
untuk besarkan modal yang kita ada.
Jika kita tak mahu keluarkan modal, kita boleh pilih untuk
membuat bisnes dropship. Banyak peniaga-peniaga online yang menawarkan dropship
ini. Kita hanya perlu pandai memilih produk yang sesuai untuk kita jual.
Asas (basic) juga diperlukan sebenarnya untuk kita memulakan
bisnes online ini. Belajar atau carilah mana-mana mentor untuk kita menuntut
ilmu dengan mereka. Boleh juga kita mulakan tanpa ada asas atau mentor, tapinya
takut tidak kekal lama. Hanya sekejap sahaja semangat berniaga itu ada.
Di akademi bekerja di rumah ini, kami menawarkan kelas
online asas membina blog bisnes, yang mana mereka yang langsung tiada basic
boleh mengikuti kelas ini. Kami adalah trek permulaan untuk mereka mula belajar
berbisnes. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus
kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga. Sebagai permulaan awal, membina
kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang
lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Jika tiada produk
untuk diniagakan, kami ada menawarkan beberapa produk untuk dropship. Apa yang
diperlukan hanyalah computer atau laptop dan talian internet. Dan juga yuran
mengikuti kelas online ini. Jika mahu sertai kelas online asas membina blog ini, hubungi saya untuk pendaftaran.
Comments
Post a Comment