Cara Pembungkusan Produk

Teks : Anys Idayu Zakaria


Bagi yang menjalankan bisnes online, pasti tercari-cari panduan yang boleh digunakan untuk membungkus produk yang hendak dipos kepada pelanggan. Jika tidak tahu cara yang betul pasti membawa masalah seperti produk tidak sampai ke tangan pelanggan, bungkusan tidak di terima pejabat pos atau berlaku kerosakan pada barang.
Peniaga online sekarang lebih mudah kerana pihak Pos Malaysia telah mengambil langkah initiatif dengan menyediakan bungkusan dan kotak khas untuk peniaga online.  Juga boleh menggunakan perkhidmatan syarikat selain Pos Malaysia jika mahu. Kali ini saya berkongsi perkhidmatan Pos Malaysia.
(Artikel ini saya petik dari Laman Utama http://www.poslaju.com.my/)
Jika biasanya anda membungkus dahulu barangan atau dokumen anda, baru menimbang berat dan seterusnya membayar untuk penghantaran, kini tidak perlu lagi. Dengan Kotak dan Sampul Prabayar PosLaju, kami perkenalkan cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda. Hanya perlu beli kotak/sampul Prabayar PosLaju, bungkus dan terus hantarkan.
Kotak/Sampul Prabayar PosLaju hanya untuk kegunaan dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan boleh didapati di lebih 300 cawangan termasuklah PosLaju, Pejabat Pos dan agen jualan terpilih di Semenanjung Malaysia.
Cara Menggunakan
1. Beli Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar di mana-mana pusat jualan yang terpilih.
2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut.
3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut.
4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.
Ciri-ciri dan Kelebihan
-PENGHANTARAN EKSPRESS: Serahan esok hari, tertakluk di dalam kawasan Serahan PosLaju dan hari bekerja sahaja
-Lengkap dengan sistem Track & Trace
-Lengkap dengan bukti penerimaan bungkusan
-Tuntutan gantirugi untuk kehilangan/kerosakan sehingga Rm300*. PosLaju tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan lebihan had berat atau isi kandungan terlarang
*Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300
dari 8:30 pagi – 8:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan
dari 8:30 pagi – 5:00 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum)
b. Layari www.poslaju.com.my atau www.pos.com.my
Saya pun sebenarnya jarang sekali membuat penghantaran melalui poslaju kerana banyak barang yang saya ambil berasaskan dropship. Di sini saya kongsi juga perkongsian daripada salah seorang dropshipper. Memang kebanyakan barangan saya saya ambil daripada beliau. Terima kasih Kak Yong (https://www.facebook.com/kakyongshoppe?fref=ts) atas perkongsian ini.
''Berdasarkan pengalaman yang lepas, ada barang yang diterima pelanggan rosak (mungkin cara pengurusan bungkusan semasa dalam perjalanan), contohnya chezzy sauce bocor/terpecah. Jadi Kak Yong agak cerewet sedikit dalam bab pembungkusan ini. Kak Yong akan pastikan pembungkusan mestilah kemas dan selamat. Samada dibalut dengan  surat khabar @ burble wrap diletakkan "sticker Fragile". Dan buat masa sekarang menggunakan khidmat pos laju.
Untuk pos ke semenanjung Malaysia, Kakyong menggunakan sampul prabayar poslaju yang bernilai RM6 atau RM9. Ini bersesuaian untuk membungkus barang yang kecil seperti chezzy sauce, hanya masukkan sahaja ke dalam sampul RM6 untuk 1-3 paket. Untuk produk seperti Qaseh Gold (berkotak dan dalam botol), perlu dibalut terlebih dahulu dengan suratkhabar. Bagi pos ke Sabah/ Sarawak, memang semua barang akan dibalut kemas dengan suratkhabat dan dilapiskan dengan bubble-wrap.''
Contoh gambar yang diberikan Kakyong kepada saya. Gambar yang sudah sedia untuk dihantar ke pos laju. Pada setiap bungkusan, nama pelanggan akan ditulis, tujuan untuk mengelakkan pertukaran bungkusan.
Bagi yang berminat untuk membuat bisnes dropship, bolehlah berhubung dengan KakYong kerana beliau ada menawarkan produk dropship khas untuk mereka yang minat bisness tapi tiada modal besar untuk bermula.





________________________________________________________________________
 
Sertai kami Akademi Bekerja Di Rumah. Menawarkan kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan -Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes) Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, Kami sedia  membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo.
>> APA yang bakal Diperoleh Hasil Sertai kelas ini?

~Dapat bina BLOG dan FAN PAGE sendiri
~Yang Aktif dan Lancar Penulisan akan diperhatikan oleh Editor Majalah Tempatan
~Yang Padat info akan dijemput untuk buat Ebook bersama
~Yang ada perniagaan Dah bole niagakan produk dan perkhidmatan di alam maya
~Blog berada di carian google di muka pertama
~Blog dan Fan page mendapat traffik yang tinggi hasil dari pertukaran traffik dengan 100 bloggers yang lain yang terdiri dari peserta kelas ini juga yang di jadikan Alumni Penulis Dari Rumah
------------------------------------------------------------------------------------------
Sediakan Platform di Alam Maya! Tak kira siapa sahaja. Semua orang layak untuk sertai kelas dan semua orang layak menghasilkan blog dan fan page! Hubungi saya untuk bermula.
 
PROMOSI HARI INI!!!
Kini Ebook Belajar Asas Blog telah dikemaskini dalam version PDF. Rebut peluang Keemasan ini kerana sempena pelancaran Ebook ini pada 12 Oktober (esok) , promosi dengan hanya RM30 SAHAJA (harga asal RM50) untuk semua orang terutamanya bagi yang berminat untuk menyertai Kelas Asas Blog (yuran kelas jatuh harga RM100 SAHAJA -tanpa percuma ebook lain) dan RM160 SAHAJA dengan mendapat 3 ebook (berbanding harga sebenar RM180) 

 {PROMOSI TERHAD SEHINGGA 12/10/2013}
Pre Order ditutup pada 11.59pm hari ini.

Harga ebook akan kembali kepada harga asal selepas tamatnya promosi iaitu kepada harga RM50, HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PREORDER INI !!

Comments

  1. salam.. nak tanye. kalau saya nak pos 3 botol jus delima gulsan (1 botol = 0.34kg) boleh tak sy pakai sampul poslaju RM9 atau lagi elok sampul sendiri dan timbang ? tolong bg penjelasan ye. baru nak belajar berniaga. terima kasih. (;

    ReplyDelete
  2. wsalam pn. Post 3 botol jus delima masih boleh guna sampul rm9 poslaju. bungkus elok2 supaya barang tidak bergoyang /bergerak2. Jika lebih dari 3 botol, boleh gunakan kotak pos laju, tapi rasanya agak besar kotak tu. Boleh bungkus sendiri dan timbang.

    Harap dapat membantu.

    terima kasih kerana sudi singgah :)

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanye sticker fragile tu ambil di mana? Percuma?

    ReplyDelete
  4. kalau sampul prabayar rm 6 tu boleh hantar ke sabah sarawak ke?

    ReplyDelete
  5. biasanya ke sabah sarawak kos pos dalam anggaran rm9-10,
    Kalau pos ke sana boleh guna sampul prabayar RM9

    Jika puan nak lebih tepat, boleh tanya terus dengan pihak pos laju. Pos barangan biasa ikut berat barang yang kita hantar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum puan,
    saya nak tau boleh atau tidak menghantar barangan kosmetik ker Sabah dan Sarawak? Sebab saya baru tau yg GDex tak terima penghantaran barangan kosmetik. PosLaju masih boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam...nak tanya bagaimana nak pos barang kt adik dlm bentuk cecair(baja AB) 1.5ltr dlm 2btl
      Minta pencerahan tq...

      Delete
    2. Asalam...nak tanya bagaimana nak pos barang kt adik dlm bentuk cecair(baja AB) 1.5ltr dlm 2btl
      Minta pencerahan tq...

      Delete
    3. wsalam puan zam ayeen,

      Jika cecair biasanya dalam botol, botol perlu dibalut kemas dengan suratkhabar, kmudian boleh gunakan kotak yang disediakan oleh poslaju, atau masuk dalam kotak kita sendiri. Jika botol mudah pecah puan boleh beli sticker "MUDAH PECAH" dan tampal di atas kotak.

      Untuk pos bentuk cecair baja saya kurang pasti samada pos laju terima atau tidak. Boleh tanya mereka dulu, seblum buat pengeposan.

      terima kasih kembali :D

      Delete
    4. Wsalam cikpuan iLhas IChiGo,

      Semaklum saya, poslaju terima jika pos produk komestik. Saya juga pernah pos produk mekap, dan pernah juga buat belian produk kecantikan, penghantaran melalui poslaju.

      Puan mungkin boleh refer semula pos laju, hubungi mereka dahulu sebelum buat pengeposan


      Terima kasih kembali :D

      Delete

Post a Comment

Popular Posts