Bina Kepercayaan Pelanggan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Ada tak anda rakan-rakan yang mengeluh dan merungut kerana masih tidak ramai pelanggan. Kadangkala ada juga rakan saya yang datang bertanya cara bagaimana saya membuat promosi. Katanya, ''saya sudah puas promosi, kadang-kadang sahaja ada orang beli, tapi selalunya tak. Yang membeli pun keluarga dan rakan terdekat sahaja. Macam mana nak buat. Dah rasa nak berhenti''.
Kalau baru setahun jagung dalam dunia bisnes, janganlah merungut dulu. Cuba tengok macam mana cara kita berbisnes. Macam mana cara kita buat promosi. Pada siapa. Adakah kena tepat pada sasarannya. Medium macam mana yang digunakan.
Memang awal bermula yang banyak bagi sokongan tentulah keluarga dan rakan-rakan terdekat. Jadi cuba kita minta mereka war-warkan pada rakan-rakan mereka pula tentang kelebihan produk kita. Mana tahu ada rakan mereka yang berkenaan. Dan kalau ada yang tolong promosi, kita pula janganlah kedekut nak bagi sedikit komisen atau upah pada rakan itu. Bila mereka dapat sedikit komisen, mereka pun sudah tentu rajin menolong kita mempromosikan produk kita.
Saya ketika awal berbisnes, yang memberi sokongan hanyalah keluarga. Rakan juga dari kalangan rakan terdekat sahaja. Jika difikir-fikir semula takkanlah mereka pun setiap masa hendak membeli barang yang kita jual. Jadi nak tak nak saya perlu giatkan promosi. Saya buat macam-macam saya hendak memperkenalkan produk yang saya jual. Saya gunakan sepenuhnya medium facebook. (dulu masih terkial-kial nak buat blog). Buat promosi tanpa henti. Buat iklan di group pengiklanan yang ada dalam facebook. Saya maklumkan pada rakan-rakan melalui sms (bagi yang tidak ada facebook) tentang produk saya. Alhamdulillah, pelanggan saya kebanyakkan dari kalangan mereka yang tidak saya kenali. Mereka jadi rakan di facebook dan membeli barangan yang saya jual. Dan sekarang, walau saya kurang mempromosi produk yang ada, masih ada pelanggan yang datang mencari produk tersebut. Kerana mereka sudah tahu kita ada menjual produk itu.
Apa yang saya nak tekankan kita perlulah bina dulu kepercayaan pelanggan. Tidak semestinya apabila mereka lihat kita berniaga, mereka terus mahu membeli. Mungkin hari ini mereka tidak memerlukannya. Siapa tahu satu hari mereka mencari, jadi sudah tentu mereka tahu kepada siapa hendak dituju. Cuba bayangkan, beberapa bulan kita hangat dan sibuk membuat prmosi. Tiba-tiba satu hari oleh kerana putus asa, kurang pembeli kita tidak membuat promosi langsung. Malah sehingga beberapa minggu lamannya kita tidak promosi. Bukankah pembaca dan pemerhati yang dulunya selalu melihat promosi kita akan tertanya-tanya. Mungkin mereka tidak datang bertanya sendiri pada kita. Saya pernah melalui situasi ini. Sedikit masa dulu, ketika di awal bisnes, saya juga pernah putus semangat kerana sudah puas prmosi tapi langsung tiada pembeli. Saya berhenti membuat promosi. Berminggu juga. Tiba-tiba datang seorang rakan facebook bertanyakan produk yang dicarikan. Katanya sebelum ini pernah lihat saya rancak mempromosi produk tersebut, beliau hendak membelinya, tapi sekarang sudah tidak ada. Nampak tak, sebenarnya kita ada pemerhati. Mereka akan datang mencari apabila mereka mahu mendapatkan produk tersebut.
3 kategori pasaran untuk kita memasarkan produk kita :
1. Mereka yang MAHU produk / perkhidmatan kita
2. Mereka yang MUNGKIN MAHU ATAU TIDAK produk / perkhidmatan kita
3. Mereka yang TIDAK MAHU produk / perkhidmatan kita.
Jadi kita perlu bijak memilih kategori mana yang patut kita beri fokus promosi. Beri tumpuan promosi kepada mereka yang MUNGKING MAHU ATAU TIDAK produk / perkhidmatan kita. (Sumber : Nota Jutawan Nota Perniagaan - Irfan Khairi). Mereka yang berada dalam kategori ini sebenarnya masih konfius mahu memilih. Jadi bagi peluang mereka untuk melihat promosi kita. Siapa tahu, mereka akan terpikat. ;)
Mahu mempelbagai cara dan teknik Promosi, Boleh melanggan tapak soho directori saya di sini. Kami menyediakan tapak sewaan pada kadar mampu milik semua usahawan. Kini 120 blog yang akan mempromosi produk / perkhidmatan anda. Mahu pakej ini, boleh hubungi saya :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment