Aidiladha 2013

Teks : Anys Idayu Zakaria.

Alhamdulillah. Sudah setengahari aidiladha. Raya kali ini seperti biasa saja. Sedih sedikit kerana Ma dan Abah tidak bersama kami. Apapun saya doakan mereka selmat dan sihat menjalani ibadah haji di Tanah Suci.

Syukur tak terhingga dengan nikmat rezeki yang Allah swt kurniakan. Pagi tadi menu raya ketupat segera, sambal tempe goreng, ayam rendang, ayam masak merah, ayam kurma dan sayur lodeh. Menu istimewa air tangan mak mertua kesayangan. Sememangnya setiap tahun hari raya pasti menu ini yang menjadi santapan kami.

Kami pun tak ke mana-mana. Selepas ke rumah mak, kami ke rumah nenek. Sebelum balik singgah sekejap ke rumah makcik. Di sana kami dijamu mee rebus. Tahun ini mungkin tidak banyak daging korban yang kami terima. Biasanya setiap tahun abah yang menguruskan korban di Masjid Taman Bukit Tiram. Ada juga sedikit bahagian saya yang abah simpan. Apa pun syukur dengn rahmat dan rezeki ini.

Tahun ini memang saya mengikuti perjalanan dan pergerakan para jemaah haji di Mekah. Melalui lintas langsung di Tv dan juga fanpage Ustaz Roslan dan Salam Baitullah. Kadang sebelum ini sering terlepas. Dapat juga mengubat rindu pada Ma dan Abah. Dapat jugalah tahu perkembangan jemaah di sana. Terasa rindu juga terpanggil untuk pergi ke sana. Mudah-mudahan kami juga diberi kesempatan untuk mengunjungi rumah Allah.

Salam aidiladha untuk semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Juga mohon maaf sekiranya tulisan di sini ada yang menyinggung perasaan kalian. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya. Dan yang baik itu semuanya dari Allah swt jua. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat Ilahi.

Comments

Popular Posts