Usahawan Cemerlang

Teks : Anys Idayu Zakaria


Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Baginya hari ini lebih baik daripada semalam. Sayidina Abu Bakar Al-Sidiq sentiasa berkata apa yang lebih baik daripada apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya. Demikianlah sehingga akhir hayatnya.
 
Orang yang tertipu dan terpedaya ialah orang yang tidak ada perubahan pada dirinya hari demi hari. Walaupun dia mendapat ilmu, tip atau sebagainya langsung tidak diamalkan kerana menyangka dirinya sudah pandai.  Orang yang malang ialah orang yang amalannya semakin hari semakin berubah ke arah lebih buruk. Dia akan merungut dan bising apabila pendapatan harian daripada perniagaan berkurangan. Tetapi orang jarang-jarang mahu muhasabah diri jika amalan harian berkurangan.
 
Hadis Rasulullah saw, "'Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik." (Riwayat Al-Tbarani). Oleh itu, dalam melakukan sebarang kerja terutama dalam perniagaan, dan untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu lakukan dengan sehabis baik. Jika ia dijadikan pegangan dan kita sentiasa mengamalkan petua yang dikemukakan, Insya Allah kita akan terdorong untuk menjadi usahawan cemerlang.
 
Nabi Muhammad saw menyebut dalam hadisnya ''Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, dia seorang yang hebat. Sesiapa yang hari semalamnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela.'' (Riwayat Naim bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabir).
 
Petua murah rezeki yang diambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh boleh dijadikan panduan kita di samping ilmu perniagaan. Doa ibarat senjata sulit yang dapat membantu pada saat-saat kesusahan. Antara punca-punca sempit pintu rezeki yang menyebabkan kita sukar menjadi usahawan cemerlang dan diredhai Allah swt :
 
1. Meninggalkan solat dan kurang berdoa
2. Derhaka kepada Allah dan ibu bapa
3. Membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Allah
4. Memutuskan hubungan kekeluargaan
5. Enggan membayar zakat, dan hutang
6. Melakukan zina, homoseksual, atau aktiviti sejenisnya
7. Mengambil harta anak yatim dan memakan riba
8. Hati kotor, sering berdusta, riak, khianat
9. Memberi dan menerima rasuah
10. Merahsiakan ilmu daripada orang lain
11. Mengungkit-ungkit pemberian
12. Menyelidik rahsia orang dan menyebarkan fitnah.
 
''Orang lain buat duit, kita buat alasan''. Hakikatnya kita tidak boleh melakukan kedua-duanya sekali. Kalau kita buat alasan, kita tidak boleh buat duit. Kalau kita buat duit, kita tidak perlu beri alasan. Orang yang buat duit, dia tidak perlu buat alasan. Mudah-mudahan kita terus berusaha dengan cara yang betul dan tidak perlu memberi seribu macam alasan untuk berjaya menjadi usahawan cemerlang, terbilang dan diredhai Allah swt dan berjaya di dunia dan akhirat.




Dapatkan pelbagai buku ilmiah, dan ebook http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/

Dapatkan pelbagai produk sunnah http://aizmallsunnahonline.blogspot.com/

Dapatkan pelbagai keperluan, makanan secara online http://aizmall.blogspot.com/
 
Mahu meletakkan iklan berbayar klik
Mahu menyertai kelas asas membina blog fanpage bisnes
 
 

Comments

Popular Posts