Raisha 9 Bulan

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah syukur dengan nikmat pemberian Allah swt. Dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel. Raisha sudah nak masuk 9 bulan, Seminggu nak raya lepas, baru pandai duduk. Ketawa kami tengok telatah Raisha duduk. Duduk kaki terlipat kedua-duanya. Selalu disakat kakak. akhir bulan Ogos, sudah mula tunjuk gelagatnya yang nak berdiri, pegang-pegang. Kata nenek patutlah Raisha demam sehari dua. Rupanya nak pandai berdiri. Sekarang pun kalau berdiri nak tunjuk aksinya, pantang berdiri terus lepas tangan. Risau juga takut terjatuh tersembam, kena mulut. Gigi baru tumbuh dua batang di bahgian bawah depan.
 
Semalam balik kerja, terus ketawa riang tengok muka mama. Kakak kata, adik sudah pandai sebut mama. Memang betul. Sambil bermain-main, terdengar suaranya menyebut ma--ma. Ketawa semua mendengar. Patutlah sehari dua ni mulutnya bukan main kecoh lagi bercakap bahasa sendiri. Rupanya nak pandai panggil mama. Seronoknya mama dengar.. :D
 
Tak sabar nak tengok perkembangan yang lain.

************************************************************************************

Nak Beli produk digital, ebook, buku ilmiah jom singgah
 
Nak dapatkan pelbagai produk sunnah, jom singgah
 
Dapatkan pelbagai produk, makanan segera, kecantikan dan kesihatan, jom singgah

 

Comments

Popular Posts