Panduan Penjagaan Mata ketika Menggunakan Komputer
Teks : Anys Idayu Zakaria
Sedang membaca surat khabar hari Khamis, 5 September yang lepas saya terbaca artikel ini. ''Penyakit Generai Digital''. Habit saya memang suka baca surat khabar lewat dari harinya. Entah kenapa memang sejak dulu. hehehe. Rasanya artikel ni sangat sesuai dikongsi sebab sekarang ni kita selalu mengadap komputer, malah setiap hari lebih lama daripada tugas-tugas lain. Lebih-lebih lagi sejak menjalankan bisnes online. Pasti memang komputer yang akan dipandang dulu. Di sini saya kongsi sikit tentang artikel tersebut untuk manfaat kita bersama. :)
CVS (Sindrom Penghlihatan Komputer) adalah sindrom masalah mata dan penglihatan disebabkan penggunaan komputer terlalu lama serta dialami induvidu yang berasa tidak selesa pada mata dan kurang jelas ketika melihat skrin komputer. Walaupun sebenarnya kita menyedari berada terlalu lama di hadapan komputer akan merosakkan dan menjejaskan kesihatan mata, tapi tanggungjawab kita sebagai pekerja, pelajar menjadikan komputer ibarat sahabat baik yang tidak dapat dipisahkan.
Antara panduan penjagaan mata yang kita boleh amalkan ialah :
1. Berkelip selama 20 saat selepas 20 minit berhadapan dengan komputer
2. Jangan terlalu fokur kepada skrin terlalu lama. Pastikan berhenti seketika
3. Gunakan lampu bilik yang baik dan terang
4. Sesuaikan pencahayaan dan kotras komputer
5. Lakukan penambahbaikan kepada skrin komputer
6. Berkerdip sekerap mungkin bagi melembapkan mata
7. Pastikan berehat selepas menggunakan komputer
8. Jangan menggunakan komputer melebihi empat jam tanpa henti
9. Lakukan senaman mata
10. Jarakkan diri anda daripada komputer
Semoga tips ini dapatkan dijadikan panduan kepada kita semua. Dalam menjalankan tugas dan berbisnes tu, jangan lupa untuk menjaga kesihatan mata juga. Nanti mata dah sakit, tak dapat pula mengadap komputer, terjejas pula tugas-tugas. :)
**********************************************************************************
Terokai bidang bisnes butik. Dapatkan inspirasi kisah usahawan yang telah berjaya dalam bidang ini. Sangat sesuai sebagai bahan bacaan untuk mereka yang mahu memulakan bisnes butik secara online atau offline. Pakej Wahm Soho ini hanya bernilai RM 125 sahaja. Untuk tempahan sila isi borang tempahan di sini
Comments
Post a Comment