Menanam Pahala berpanjangan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Solusi 2013
Foto : Carian goggle


Bismillah. Syukur Alhamdulillah.Sedikit perkongsian ini saya baca dalam Solusi.
 
Seorang lelaki tua mempunyai kedut seribu. Ototnya sudah lemah. Tangannya pula sudah terketar-ketar menanam sepohon pokok buah. ''Pak cik, pak cik buat apa?'' tegur seorang lelaki muda. Lelaki itu meneliti pokok yang ditanam oleh lelaki tua itu. ''Pokok macam ni perlukan masa berpuluh tahun baru berbuah. Umur pak cik bukannya boleh bertahan lama lagi," sindir lelaki muda itu.

Bunyi cangkul si lelaki tua mengambus akar pokok. Lalu ditekan-tekan dengan kakinya agar menjadi padat." Pak cik kan dah tua. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Buat apa bersusah payah menanam pokok ini? Bukankah sia-sia saja kerja pak cik?", si lelaki muda itu gagal membaca hikmah perlakuan lelaki tua itu.
 


Lebih kurang begitulah situasi yang pernah dialami oleh seorang sahabat Nabi bernama Abu Al-Darda'. Di penghujung usia, beliau tidak lupa meninggalkan pusaka terbaik untuk anak dan cucunya. Beliau bersusah payah menanam pokok buat mereka.  Apabila ditanya beliau menjawab "Apa salahnya kalau saya memperoleh pahala kerana perbuatan saya dan orang lain mendapat kebaikan daripada buah pokok tersebut''.

Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat lain. Tekun menanam pokok pada usia senja. Apabila ditanya, beliau menjawab : "Orang yang terlebih dahulu daripada kita telah menanam untuk kita. Kita telah memakan buahnya. Sekarang kita menanam supaya orang yang terkemudian dapat memakannya.''

Jasanya terus hidu sesudah jasadnya mati. Amalannya meninggalkan manfaat dari zaman ke zaman. Ilmunya dinikmati generasi demi generasi. Sedekahnya dimakan oleh ramai orang. Pahalanya berkekalan. Tidak putus-putus.
 

BERSEDEKAH KEPADA HAIWAN
 
Pada suatu hari, seorang lelaki berjalan-jalan dan dia berasa sangat dahaga. Tiba-tiba dia terjumpa sebuah perigi. Dia mengambil keputusan untuk turun ke dalam perigi tersebut  untuk meminum air yang terdapat di dalamnya. Alhamdulillah, dahaga lelaki tersebut hilang dan naik semula ke atas. Sebaik tiba di luar perigi, dia melihat ada seekor anjing yang termengah-mengah. Lidah anjing tersebut terjelir sambil menjilat tanda basah. Mungkin ia dalam kehausan.

Apabila melihat keadaan anjing tersebut, timbul perasaan kasihan dalam diri lelaki itu. Dia mengambil keputusan untuk turun semula ke dalam perigi tersebut, lalu mengisi air di dalam kasutnya. Sesampainya di atas ia mengunjukkan kasut berisi air kepada anjing tersebut.

Sebenarnya Allah menerima perbuatan lelaki tersebut. Malah mengampuni dosanya. Para sahabat Nabi s.a.w pernah bertanya sama ada dapatkah seseorang itu pahala jika dia berbuat baik kepada haiwan? Nabi bersabda, maksudnya : ''Pada setiap (makhluk yang hidup) yang lembut hatinya ada pahala (bagi yang melakukan kebaikan)'' Riwayat Muslim.

Haiwan pun patut ditolong dan boleh menerima sedekah atau pemberian. Kadang kala ada antara kita yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan kepada haiwan. Jadi marilah kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada haiwan.
 
Allah berjanji akan pulangkan segala sedekah yang kita beri berlipat kali ganda. Jom lawan sifat kedekut dan suka menerima tapi ubah pada murah hati dan suka memberi, tak pernah buat jom kita mulakan dengan hari ini. Hari gaji, simpan sedikit hasil titik peluh untuk kita berikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tak susah mana, sekarang sudah senang boleh saja transfer online. Insya Allah mari kita sama-sama amalkan dan semoga akan berterusan dan mendapat keberkatan. Amin.
 
 
 

FADHILAT BERSEDEKAH

Begitu besarnya fadhilat bersedekah bukan sahaja dijanjikan oleh Allah pahala sehingga tujuh ratus kali ganda malah terapi bersedekah pun mampu menjadi sebab untuk Allah menyembuhkan berbagai penyakit dan memakbulkan hajat mulia seseorang. Makanya, suatu masa nanti saat orang yang sangat mencintai hartanya dan kurang bersedekah sedang di dalam keadaan nazak (hendak mati) ia akan berkata seperti yang tertera di dalam maksud firman Allah di bawah ini :
 
“…..Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh,” ( Surah Al-Munafiqun ayat 10 )
 
Senarai ini merupakan mereka yang sedang tertunggu-tunggu kebajikan daripada kita semua. Ia boleh dilakukan hari ini. Boleh mulakan sekarang. Boleh lakukan secara transaksi online sahaja.
 
1. Maahad Al-I'tisam (Mohd Shah Sapiei) 03-78461880
2. Madrasah Al-Fatihah (Ustaz Hakim/ En. Amin ) 010-5785000 / 0196546961
3. Rumah Sentuhan Budi (RUSDI) (Pn. Nora Abd Aziz) 016-3079287 / 03-62594901
 
 
_______________________________________________________________________________________
 
Iklan sekejap, jemput singgah
produk buku, ebook, bahan bacaan http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/
pelbagai barangan, produk kesihatan, makanan http://aizmall.blogspot.com/
 Belajar asas membina blog peribadi, blog kedai
 
 

 

Comments

Popular Posts