Kerana Susah kita Senang
Teks : Anys Idayu Zakaria
Sedikit artikel daripada Dr. Irfan Khairi. Sebagai seorang usahawan online sangat sesuai kita terapkan "JANGAN" dalam diri.
Teks : Dr. Irfan Khairi
________________________________________________________________________________
Pendaftaran kelas masih dibuka setiap hari dan seperti biasa. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes secara dropship, kami tawarkan beberapa produk dropship melalui kelas asas blog fanpage. Bagi yang sudah ada produk, mahu membina kedai maya juga boleh sertai kelas ini. Boleh hubungi saya melalui sms / watsapp 017-7912993
Bagi yang mahu mengiklankan produk / servis di internet, boleh iklankan di soho directori. Tapak pengiklanan secara online yang memasarkan produk terus menerusi lebih 100 blog yang aktif. Dan akan sentiasa ada penambahan setiap masa. Boleh juga hubungi saya untuk dapatkan pakej ini.
Sedikit artikel daripada Dr. Irfan Khairi. Sebagai seorang usahawan online sangat sesuai kita terapkan "JANGAN" dalam diri.
Teks : Dr. Irfan Khairi
Dahulu jika kita sebut berniaga pasti terbayang modal berpuluh ribu ringgit. Namun dengan dunia internet sekarang, tanpa modal pun sesetengah orang boleh mendapat pendapatan yang agak lumayan. Pelbagai syarikat wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak seperti dahulu, peluang berniaga dan peluang kerja sangat terhad. Orang dulu begitu menghargai jika mendapat peluang pekerjaan. Berlainan dengan generasi kini memandang pekerjaan sebagai satu beban. Apabila tidak suka atau tidak puas hati, terus sahaja mereka berhenti kerja tanpa berfikir panjang. Apabila mahu berniaga, buka kedai. Apabila berasa malas, kedai ditutup dan tidur. Mungkin disebabkan urusan memulakan perniagaan terlalu mudah, maka mereka sudah tidak menghargai lagi peluang yang diperolehi.
Apabila mendapat sesuatu dengan mudah, kita berasa kurang menghargai dan tiada perasaan untuk menjaga dengan baik. Berbanding jika mendapat sesuatu dengan susah, kita lebih menghargai dan menjaga bagai menatang minyak yang penuh.
Menerapkan "JANGAN" dalam diri
Jangan cepat putus asa. Cepat bosan atau marah pada keadaan. Sebaliknya, terimalah kesilapan dan kegagalan untuk mencipta kejayaan. Kesusahan itulah yang akan membezakan kita semua. Daripada kesusahan dan keperitan hidup, kita mendapat banyak ilmu dan pengalaman serta mematangkan diri. Jadikan pedoman bagi setiap kesilapan silam agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Jangan cepat melatah, terburu-buru dan bertindak mengikut hawa nafsu disebabkan berselisih pendapat atau produk tidak laris di pasaran. Jangan biarkan perasaan amarah menguasai diri sehingga bertindak luar batasan. Tindakan seperti ini menunjukkan kita belum cukup matang untuk berjaya.
Pelajari kejayaan Colonel Sanders dan J.K Rowling yang tidak berputus asa walaupun gagal. Resipi ayam goreng Colonel Sanders telah ditolak sebanyak 1009 kali. Jika dia berputus asa pasti KFC tidak ada pada hari ini. Dua belas syarikat penerbitan buku menolak manuskrip novel Harry Potter tulisan J.K Rowling. Dia tidak berputus asa dan menghantar manuskrip novelnya ke syarikat yang ke 13, Bloombury. Kini dia lebih kaya daripada permaisuri England!
Yang penting fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan. Jangan menganggap sesuatu itu terlalu mudah dan hargai kesulitan yang anda alami. Detik kejayaan bermula apabila kita melalui kegagalan. Tanpa keperitan hidup, kita tidak akan nampak kesenangan. Kerana kegagalan kita boleh berjaya dan kerana susah kita boleh senang.
________________________________________________________________________________
Pendaftaran kelas masih dibuka setiap hari dan seperti biasa. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes secara dropship, kami tawarkan beberapa produk dropship melalui kelas asas blog fanpage. Bagi yang sudah ada produk, mahu membina kedai maya juga boleh sertai kelas ini. Boleh hubungi saya melalui sms / watsapp 017-7912993
Bagi yang mahu mengiklankan produk / servis di internet, boleh iklankan di soho directori. Tapak pengiklanan secara online yang memasarkan produk terus menerusi lebih 100 blog yang aktif. Dan akan sentiasa ada penambahan setiap masa. Boleh juga hubungi saya untuk dapatkan pakej ini.
Comments
Post a Comment