Kenapa suka beli online
Teks : Anys Idayu Zakaria
3. Lebih banyak pilihan - Membeli atas talian juga membolehkan kita memilih produk yang unik, lain dari yang lain, yang mana tidak terdapat di kedai fizikal. Malah kita boleh memilih ikut kepuasan hati baru buat keputusan untuk membeli. Tak perlu risau, kerana peniaga pun sebenarnya tidak tahu kita sedang membuat pilihan di kedai mereka. Seronokkan! Malah lebih seronok kita boleh membeli di mana sahaja, walau jarak yang jauh sekalipun. Dan boleh buat perbandingan dalam masa yang singkat. Tak perlu ke dua tempat yang berbeza.
Zaman sekarang internet merupakan satu kemestian dan kadang-kala sudah jadi seperti keperluan. (Keperluan itu bagi saya). Tak kira siapa sahaja pelajar, pekerja, suri rumah malah kanak-kanak pun adakalanya sudah terdedah dengan dunia internet ini. Dengan internet, dunia menjadi lebih kecil dan tidak terbatas. Dunia tanpa sempadan. Sememangnya semua maklum internet sangat banyak kelebihan dan juga keburukan. Tetapi jika kita memilih dan menggunakan dengan bijak, internet membolehkan kita sampai "di mana" sahaja tanpa batas waktu.
Oleh kerana internet hanya di hujung jari sekarang ni, dengan semakin bertambahnya peniaga yang menjalankan bisnes online, maka memang semakin ramailah yang suka membeli online. Jadi peluang keemasan seperti ini sepatutnya kita tak boleh lepaskan.
Saya juga mempunyai ramai kenalan yang suka membeli online. Malah saya sendiri lebih selesa untuk membeli online. Faktor mereka semakin gemar untuk membeli belah secara online adalah kerana :
1. Keselesaan - Kedai online selalunya akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu, 365 hari setahun. Malah jika bercuti pun adakalanya penjual tetap mengambil tempahan. Pembeli boleh membeli belah dalam keadaan yang sangat santai dan selesa. Malah boleh hanya berbaju tidur. Tak perlu bersiap, mekap dan berpakaian cantik. Dan yang lebih seronok celik mata pun boleh membeli belah. Tak perlu mandi dan gosok gigi. Tak ada siapa yang tahu dan tengok.
2. Harga lebih murah - Sebenarnya jika hendak diikutkan, harga jualan di pasaran internet jauh lebih murah disebabkan kos promosi yang rendah, tiada kos senggaraan lain seperti kedai fizikal. Kadangkala, ada juga yang beranggapan kos penghantaran sangat tinggi dan tidak berbaloi. Jika kita membuat belian banyak dari kedai yang sama, adakalanya kedai menawarkan kos penghantaran percuma atau diskaun. Ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran online.
3. Lebih banyak pilihan - Membeli atas talian juga membolehkan kita memilih produk yang unik, lain dari yang lain, yang mana tidak terdapat di kedai fizikal. Malah kita boleh memilih ikut kepuasan hati baru buat keputusan untuk membeli. Tak perlu risau, kerana peniaga pun sebenarnya tidak tahu kita sedang membuat pilihan di kedai mereka. Seronokkan! Malah lebih seronok kita boleh membeli di mana sahaja, walau jarak yang jauh sekalipun. Dan boleh buat perbandingan dalam masa yang singkat. Tak perlu ke dua tempat yang berbeza.
4. Membuat kejutan - Dengan belian secara online, kita boleh merancang pembelian. Sebagai contoh kita boleh membuat belian dan meminta penjual menghantar barangan tersebut kepada orang tersayang. Pasti mereka terperanjat menerima bungkusan yang tidak disangka-sangka.
5. Kesesakan dan Keselamatan terjamin - Dan yang lebih penting, kita tak perlu bersesak-sesak ketika hendak keluar membeli belah. Malah kita juga akan terselamat dari risiko penyeluk saku, penculikan anak, dan kehilangan anak-anak. Jika membeli di kedai fizikal, kalau terlepas pandang sekejap sahaja anak-anak sudah hilang. Mereka juga tentu penat dan bosan menunggu kita membuat pilihan.

Dengan kemajuan teknologi yang serba canggih, kesibukan tugas dan masa yang sangat-sangat terhad, saya kira ramai ibu-ibu terutamanya lebih gemar untuk membeli secara online. Jadi bagi mereka yang mahu mengambil peluang untuk berniaga secara online. Inilah masanya. Bina kedai online sendiri di internet, semakin cepat kita bertindak semakin cepat nama kedai dan produk kita berada di carian internet. Dan semakin ramai yang akan berkunjung di kedai kita. Saya sendiri sudah memiliki 3 kedai online berbeza.
Jika ada yang mahu membina kedai online dengan hanya menggunakan blog, di sini saya ada menyediakan kelas asas membina blog secara online sahaja. Jika mahu tahu cara-caranya sila hubungi saya :
email : aniesaizmall@gmail.com
sms / watsapp : 017-7912993
**********************************************************************************
Comments
Post a Comment