Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan peribadi


Betullah kata pepatah, ''kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'', kalau tak cuba dulu manakan tahu hasilnya. Dan takkan tercapai sesuatu impian itu jika tidak berusaha bersungguh-sungguh. Itulah saya satu ketika dulu. Dulu ketika awal melibatkan diri dalam bisnes online, sekitar awal 2010 saya juga cuba-cuba menghasilkan blog sendiri. Malah ambil masa juga mahu menghasilkan blog tersebut. Ketika itu saya sudah ada senaskah panduan menghasilkan blog. Saya perolehi daripada seorang teman. Kenapa ambil masa. Kerana saya tidak tahu nak tulis apa. Nak guna nama blog apa yang sesuai. Malah terfikir, jika sudah ada blog macam mana pula nak konsisten menulis. Walau saya sendiri akui, saya bukanlah blogger, atau dengan lebih tepat lagi atau ayat mudah, sebenarnya saya bukanlah kaki baca blog penulis lain. Tak pandai terjah menerjah. Jika memang kebetulan keperluan untuk saya mencari sesuatu, barulah saya akan baca mana-mana blog yang saya terjumpa. Malah saya sendiri dulunya tidak pernah ada blog pilihan yang saya suka baca.
 

 
Tapi saya tekad jugalah cuba menghasilkan blog sendiri. Kata orang kalau nak berbisnes online ni mestilah ada satu tapak, seperti kedai online. Oleh kerana blog merupakan alternatif percuma, jadi saya cubalah gunakan medium ini. Ingat lagi ketika itu, beberapa hari saya asyik memikirkan nama blog yang sesuai. Tak tahu nak tulis dan nak gunakan nama apa. Dan sudah tentu nama blog tersebut pasti akan dikomersialkan bukan. Malah saya sendiri tidak pernah terfikir mahu menggunakan nama sendiri. Yelah, masih cetek ilmu. Belajar pula tiada mentor. Jadi saya fikir, gunakanlah nama glamour. Tiba-tiba datang idea. Dapat nama cinta@hatiku shoppe, ok ke. Tak pe la. Janji buat blog. Siap membina blog berdasarkan panduan toturial yang ada. Tapi, masalah lagi. Masih tidak tahu menulis. Nak tulis apa pula dalam ni. Tak pe la, hentam saja. Masukkan saja apa produk yang ada.
 
Lama-kelamaan saya biarkan saja blog tanpa diusik. Yelah, nak usik macam mana, sebab memang tak tahu nak tulis apa. Jenguk sekejap-kejap saja. Tengok traffik pun tak menarik. Tak ramai pengunjung. Lagilah tak ada semangat nak menulis. Terus saya lupakan dan biarkan saja blog tersebut.
 
 
 
 
 
Kemudian, tahun 2012, selepas berjinak-jinak dengan bisnes dropship bersama edymart dan kak Masayu Ahmad, saya tergerak lagi mahu menghasilkan blog kedai. Saya cubalah buat yang lain pula, dengan menggunakan nama aiz (awal huruf nama saya), terhasillah blog aizmall. Masih dengan masalah tidak tahu nak tulis apa. Saya hanya masukkan sahaja produk yang ada. Janji sudah ada blog. Lebih menarik dan cantik sedikit berbanding yang telah saya buat pada awal tahun 2010.
 


 
 
 
Awal tahun 2013, ketika Kak Masayu sedang mempromosi kelas asas blog, saya juga tergerak mahu turut serta. Mahu belajar membina blog yang betul-betul kemas, yang dapat menarik minat pembaca. Alhamdulillah, saya dapat peluang ini. Dapat menghasilkan blog sendiri, dan saya kira inilah blog yang terbaik yang pernah saya hasilkan. Walaupun tidaklah sehebat blogger yang lebih lama. Tapi sekurang-kurang saya sudah tahu caranya. Rupanya nak membina blog yang betul, kena mulakan dengan analisa soalan. Mesti dan wajib gunakan nama sendiri, untuk penjenamaan diri. 4 bulan pertama dalam kelas ini, saya juga masih tercari-cari topik dan apa yang mahu ditulis. Kata kak Masayu, tulislah apa sahaja. Saya baca dan serap hari-hari nota yang diberikan. Tulis dengan konsisten selama 44 hari, Insya Allah cara ini dapat membantu kita menulis dengan lancar untuk hari seterusnya. Alhamdulillah sekarang saya sudah terasa lancar menulis. Ada saja idea nak tulis.
 
Betullah kata orang pandai, nak belajar perlu berguru, perlu ada mentor. Kalau belajar sorang diri tak siapa yang tahu salah kita. Tak de siapa yang akan tegur kesalahan yang kita lakukan. Malah kita sendiri tak sedar rupanya kita sudah melakukan kesilapan.
 
Alhamdulillah, dan sekarang saya juga merupakan salah seorang guru online, di Akademi bekerja dari rumah bersama-sama pasukan Kak Masayu Ahmad. Jika ada yang berminat untuk belajar membina blog dengan cara yang betul, boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas asas blog online ini.

email : aniesaizmall@gmail.com
sms / watsapp : 017-7912993
 
 

Comments

Popular Posts