Jalan Merdeka
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi
Foto : Simpanan Peribadi
Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi mandi manda di Water Park Star Hill Resort, Kempas. Tempat ni memang biasa saya pergi bawa kakak mandi-manda. Tapi untuk tahun ni, barulah kali ini pergi berjalan. Kali terakhir ke sana tahun lepas ketika saya sedang hamil. Bukan main seronok kakak sebab memang sudah lama sebenarnya kami tidak berjalan-jalan seperti ini. Raisha pun turut berendam sama. Pertama kali jejakkan kaki dalam air.
kakak keseronokan. Berendam tak ingat nak balik. Dekat 3 jam lebih bermain-main. Tambah seronok berjumpa kenalan baru.
Baby Raisha pun sama juga. Bukan main seronok. Pertama kali bermain air.
Lepas sejam lebih berendam, naik atas tukar baju. Takut kesejukan. Kepenatan terus tertidur.
Kami memang jarang sekali bawa kakak ke pantai. Pernah sekali bawa ke Pantai Desaru dan Tanjung Leman. Katanya tak sedap mandi di pantai sebab air masin, dan ombak kuat. Takut mahu turun sorang-sorang. Jadi tempat seperti inilah yang sesuai.
Bagi yang belum pernah ke sini, saya cadangkan pergilah sekali. Memang seronok. Kali ini saya pergi bawa mak mertua sekali. Katanya tempat memang seronok. Sangat sesuai untuk anak-anak bermain. Tiket pun murah juga. Orang dewasa RM15, kanak-kanak RM 10. Tempat parking pun sesuai, berdepan dengan tempat mereka bermain golf.

Comments
Post a Comment