Isu Minyak Naik Harga

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Heboh bila PM umumkan kenaikan harga petrol (RON 95), naik sebanyak RM 0.20. Malam sebelum kenaikan semua beratur panjang di stesen minyak kerana mahu penuhkan tangki minyak kereta.  Memang betul, jika dikira-kira terasa jugalah kenaikan. Tapi apa nak buat. Memang pun setiap tahun boleh dikatakan pasti akan ada kenaikan, kemudian tidak berapa lama ada pula penurunan. Bagi golongan bawahan seperti saya sendiri, pasti turut terasa tempias kenaikan minyak ini. Tengok saja sikit masa lagi pasti harga barang lain pula naik.
 
 
 
 
 
Baru beberapa hari yang lepas kita bersyukur kerana Negara telah menyambut kemerdekaan ke -56, dan kita masih berada dalam keadaan negara yang aman sentosa. Hari ini mengeluh pula, nak marah-marah kerana kerajaan tidak prihatin menaikkan harga petrol. Sepatutnya kita masih bersyukur kerana kenaikannya tidaklah berganda-ganda. Malah sebenarnya kita masih ada alternatif lain lagi. Mungkin boleh gunakan motosikal, berkongsi kenderaan, naik kenderaan awam seperti bas atau LRT sebagai langkah penjimatan.
 
Bila sudah begini, mulalah sibuk berdebat sana-sini. Salahkan pihak-pihak lain pula. Tak salah keluarkan pendapat masing-masing. Tapi saya kira berpada-padalah. Tak perlu membuta tuli hentam menghentam semata-mata tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak ini. Jadi sebenarnya peranan kita sebagai pengguna, dan rakyat seharusnya jadikan masalah ini sebagai peluang dan cabaran untuk lebih berusaha meningkatkan kerajinan, rajin mencari peluang-peluang pendapatan sampingan lain.
 
Sekarang ini sudah banyak peluang berbisnes. Tambah-tambah dengan teknologi moden sekarang ini. Saya kira ramai sebenarnya masih hanya duduk melihat sahaja perkembangan dan kejayaan orang lain.  Lebih senang ''ko cuba dulu, sudah berjaya baru aku ikut''.  Sebenarnya setiap orang memiliki kelebihan masing-masing. Jadi buat apa lihat kelebihan orang lain. Orang lain duduk senang berjaya, kita pula masih di takuk lama. Jika duduk ditakuk lama, duduk diam-diam tak mengapalah. Ini bila orang lain sudah senang, mulalah bercerita heboh pula sana-sini mengata orang itu. Sudah-sudahlah sikap sedemikian. Cermin diri kita sendiri. Kenapa kita sendiri masih belum mahu bertindak. Adakah kerana masih belum terbuka pintu hati, atau tidak yakin dengan diri sendiri.
 

 

Subhanallah. Semoga Allah buka pintu hati kita semua, untuk sama-sama melihat isu kenaikan minyak ini sebagai jalan dan langkah permulaan untuk kita merubah diri ke arah lebih baik. Ke arah lebih mencapai kejayaan dan mendapat keredhaan Allah swt. Semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa kita.
(maaf jika ada yang terusik dengan entri saya ini)
 
 
 
Insya Allah, peluang di Akademi Bekerja Dari Rumah ini kami buka untuk semua yang mahu memulakan bisnes, belajar asas membina blog bisnes. Jika sudah ada produk sendiri boleh teruskan dengan produk sedia ada. Jika belum ada produk dan baru hendak bermula, kami sediakan pelbagai jenis produk untuk dropship. Antaranya produk buku daripada pelbagai penerbit, produk digital ebook, pakej-pakej ebook, produk sunnah, telekung dan jualan borong, kelas asas blog dan tapak pengiklanan.
 
Jika berminat untuk turut serta dalam kelas ini, dan memulakan bisnes dengan salah satu produk dropship yang ditawarkan, boleh hubungi saya :
 
sms /watsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts