Fokus dan konsisten

Teks : Anys Idayu Zakaria
Gambar : Carian goggle


Minggu ini sudah masuk minggu akhir Bulan September. Minggu depan sudah Oktober. Masih berbaki 3 bulan sahaja lagi tempoh masa jika kita mahu merancang dan melaksanakan azam untuk 2013. Masih sempat jika baru nak merancang hari ini. Belum terlewat. Bagi saya tidak terlewat jika kita benar-benar bertindak melaksanakannnya. Tapi jika masih berangan-angan seperti Mat Jenin, kesudahannya langsung tidak nampak hasil. Sudah terhantuk baru nak tersedar memang sudah terlambat. Selalunya kita begitulah. Jika sudah agak-agak senang, berehat-rehat dulu. Masih ada masa. Jika sedang kelapangan bertangguh dulu sebelum bertindak. Sebabnya kita lebih selesa berada di takuk yang sama. Tidak mahu melihat perubahan.
 
Suka saya nak berkongsi dengan pembaca, setiap kerja dan tugasan yang dilakukan perlulah fokus, konsisten dan istiqomah. Terutama dalam membuat pasaran bisnes, tak kira samada online atau offline. Sungguh-sungguh dalam melakukan promosi. Jangan mudah putus asa. Ramai juga rakan saya berkongsi sudah seperti putus asa dan malas untuk buat promosi. Kerana mereka macam tak mahu membeli produk yang saya jual. Baru tiga atau empat bulan giat promosi, masuk bulan kelima bila sudah kurang pembeli mulalah kita putus asa. Sebenarnya sikap begitu kita patut elakkan. Kita perlu konsisten membuat pasaran. Tak kira berapa lama pun, bila orang sudah mula nampak produk kita, mereka mula yakin dengan kita. Bila kita tenggelam timbul pasti kita sudah tarik sedikit keyakinan mereka pada kita. Walau mereka tidak pernah langsung membeli, sebenarnya mungkin juga mereka itu selalu mengikuti perkembangan bisnes dan produk kita.
 
 
 
Saya bukanlah pakar dalam pemasaran. Baru setahun jagung dalam dunia bisnes. Tapi saya lihat ramai rakan bisnes yang baru menceburi bidang bisnes ini cepat putus asa dan tidak konsisten dalam membuat pasaran. Tidak kiralah cara yang kita lakukan samada melalui facebook, fanpage atau mana-mana tapak iklan. Dulu saya sendiri bermula dengan hanya menggunakan facebook sahaja. Hari-hari saya bercerita dan promosi produk yang saya jual. Walaupun pada awalnya tidaklah mendapat sambutan yang menggalakkan. Tapi saya teruskan juga. Pernah juga beberapa bulan saya seperti tak ada semangat, sama juga fikiran seperti orang lain. Rasa putus asa. Malah ketika itu saya langsung tiada mentor. Buat sahaja tak ada langsung arah panduan. Saya berhenti promosi sekejap. Mula patah semangat. Tiba-tiba ada rakan bertanya tentang satu produk yang mahu dibelinya. Bertanya adakah saya sudah tidak menjual produk tersebut kerana sudah tidak nampak saya membuat promosi di facebook. Dari situ timbul kesedaran saya. Rupanya mereka ini melihat dan memerhatikan produk saya. Cuma belum masanya mereka mahu membeli. Dek kerana soalan rakan itu, membuat saya terus berubah. Mula promosi semula. Dan sehingga kita alhamdulillah, konsisten tanpa henti sudah membuahkan hasil.
 
 
 

 Teks: Masayu Ahmad
Assalamualaikum w.b.t, ia tidak mudah tetapi ia mudah bagi yang istiqamah berusaha dan fokus dalam usaha. Banyak dilema awal yang mahu bekerja dari rumah kerana, tidak punya masa untuk anak-anak, juga kerana mahu menjaga orang tua. Juga penting mahu menjana pendapatan dari rumah.

Ya, sangat banyak faktor yang mendorong usaha seseorang. Pun begitu realiti mereka yang bekerja di rumah sama hebat cabaran yang ada. Dalam grup-grup bisnes, secara terbuka ibu-ibu ini berkongsi pandangan tidak ada jualan, tidak ada pendapatan, pendapatan tidak stabil.

Adakah saya mahu menakut-nakutkan? Tidak. Itu sebab sebelum kalian terjun untuk sepenuh masa, sangat penting untuk mengusahakannya secara sambilan, apabila ia sudah berada tahap stabil barulah meletakkan jawatan untuk fokus sepenuhnya.

Terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah. Dua golongan ini yang selalu saya kongsikan.

1. Surirumah, yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai surirumah. Suri ini bangun semula dan mula mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian nafkah suami. Jika suri ini sudah memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanaya. Ia adalah kejayaa, kejayaan keluar dari kepompong surirumah semata-mata. 

2. Suri bekerja di luar rumah.
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan. Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula. Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak. Boleh baca perkongsian awal di blog ini dan juga dalam naskah www.janawangdirumah.com

Bagi kategori ke dua ini, ada yang berjaya ada yang sukses. Memang ada yang sudah memegang gelaran 'wahm' akan tetapi disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, mereka kembali semula bekerja di rumah. Tidak mengapa, tidak ada salah. Ia adalah pengalaman yang sangat bagus. Selepas kembali bekerja, sekurang-kurangnya kembali merancang kewangan dengan lebih baik sebelum berhenti.

Bagaimana pula baru nak mula?

1. Mulakan dengan apa yang ada.

2. Dropship

Ini adalah salah satu contoh iaitu kita mulakan dahulu dengan apa yang ada. Sangat penting untuk laburkan dalam ilmu, membina jaringan, pergi ke seminar. Di sana kita akan bertemu kenalan yang baru, peluang yang baru.

Kuasa fokus
Sangat biasa, bagi surirumah akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus. Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilh. Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.
 
 
Mahu memulakan bisnes atau mencari pendapatan tambahan bukanlah suatu perkara yang sukar sebenarnya. Atas kerajinan kita untuk mencari dan memilih peluang yang ada dengan membuat pilihan yang betul. Pilih mentor dan mereka yang telah berjaya. Tiru sahaja formula dan cara mereka. Jika kita hanya berangan-angan mahu menjadi seperti orang lain yang berjaya, tanpa membuat sebarang tindakan pasti usaha kita tidak ke mana.
 
 

 
Mulakan langkah pertama dengan hobi atau minat yang kita ada. Tambah ilmu dalam bidang yang kita minati, jadikan ia sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan. Boleh mulakan juga dengan membina blog, sambil menulis sambil menjual hobi dan minat kita. Hanya pelajari cara dan asas yang betul untuk bermula. Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kelas asas membina blog.
 
sms / watsapp : 017-7912993
 
 
 
 

Comments

Popular Posts