Bijak menggunakan Potensi Diri
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Potensi diri berfungsi memberi kekuatan dalam melaksanakan kehidupan. Elakkan daripada membuang masa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Apabila kita menggunakan kekuatan diri, masa akan berlalu begitu pantas. Misalnya seorang penulis yang mempunyai kekuatan diri untuk menulis beribu-ribu patah perkataan tidak akan jemu untuk terus berkarya. (Sumber Solusi Januari 2013)
Potensi adalah aset diri. Manusia hebat adalah manusia yang bijak dalam memahami dan menggunakan kekuatan diri dalam kehidupan seharian dan inilah kunci kejayaan.
Untuk membangunkan potensi diri, kita perlu menganalisis diri seperti berikut :
1. Apa aktiviti masa lapang?
Aktiviti ini biasanya menjadi kekuatan diri yang tidak kita sedari kerana ia berlaku secara nutral. Dalam psikologi manusia, kita jarang menyedari perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja atau minda di bawah sedar. Setiap individu melakukan aktiviti yang berbeza pada masa lapang. Bijak pandai berkata ''Jika mahu melihat potensi diri seseorang pemuda, lihatlah perkara yang dilakukannya pada masa lapang."
2. Apa bahan yang dibaca?
Berapa kos yang anda belanjakan untuk membeli buku dalam sebulan. Apa jenis buku tersebut? Genre buku yang kita beli dan baca mencerminkan potensi diri kita. Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang kita beli? Adakah kita berasa dipaksa untuk membeli buku tersebut? Kita mempunyai kekuatan menerusi genre buku yang kita baca. Misalnya seseorang yang membeli buku resipi cenderung kepada masakan, menginovasi diri untuk kerap memasak dan suka menerima tetamu untuk dihidangkan masakan yang dibuat.
Selalu saya lihat ibu mertua saya sangat suka membeli majalah masakan. Setiap bulan pasti ada sahaja buku masakan baru. Saya lihat buku tersebut sebagai satu koleksi, dibaca ketika waktu lapang. Padahal jarang sekali resepi dalam buku tersebut dicuba. Rupanya minat beliau lebih ke arah memasak. Beliau kerap memasak masakan dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada kami. Malah setiap petang atau hujung minggu ada sahaja lauk pauk yang dimasaknya. Majalah masakan tersebut hanyalah sebagai bahan bacaan dalam mencari ilham memasak.
Saya sendiri sangat suka membeli buku-buku motivasi, novel dan apa sahaja bahan bacaan berbentuk buku. Jika dapat membeli bahan bacaan tersebut, rasanya sangat seronok dan satu kepuasan. Sebenarnya masa saya juga agak terhad untuk membaca buku-buku tersebut dalam tempoh masa yang singkat. Tapi saya suka mengumpul, saya seronok jika masih ada buku yang perlu saya baca. Tak putus bahan bacaan. Dalam rak buku di rumah pun, bukan kesemuanya saya sudah baca. Masih banyak yang belum dibaca lagi.
Rupanya inilah potensi diri kita. Yang sebenarnya kita sendiri tidak tahu dan tidak sedari. Dan dengan analisa potensi diri ini juga kita boleh jadikan sebagai panduan untuk kita memulakan bisnes. Mula dan buat bisnes mengikut minat dan kepakaran kita. Jadikan hobi, kemahiran dan kepakaran cara untuk menjana pendapatan.
Dalam kelas asas blog penulisan dan fanpage juga kita lakukan analisa soalan sebelum mula masuk kelas. Tujuannya untuk kita lihat kemahiran, minat, dan kepakaran seseorang sebelum mula menulis dan membina kedai blog. Bagi yang mahu sertai kelas asas membina blog ini, mari kita jawab analisa soalan ini dahulu sebelum pendaftaran masuk kelas ya. Soalan wajib dijawab sebelum masuk kelas online ini ;)
Comments
Post a Comment