Friday, 20 September 2013

Bekerja Satu Ibadah

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle



Alhamdulillah. Masih lagi diberi nikmat hidup. Nikmat menghirup udara segar di waktu pagi. Nikmat boleh bergerak melakukan tugas-tugas harian. Semoga kita lebih bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.

Pagi tadi terdengar di Sinar FM celoteh 3 DJ bersama DMFK. Topik mereka berkenaan Bekerja satu ibadah. Topik yang sangat-sangat menarik. Sebelum keluar bekerja atau melakukan pekerjaan dalam mencari rezeki hendaklah kita berniat mendapat rezeki untuk keluarga, menambah ilmu, berkongsi ilmu, menambah rakan, membantu orang lain. Supaya kita mendapat rezeki yang halal dan diberkati serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.  

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu Berjaya (di dunia dan akhirat)’’
(Surah Al Jumuah ayat 10)


 
 
Bekerja merupakan satu ibadah dan amanah dalam kita berusaha mencari rezeki Allah swt dan untuk mendapat keredhaanNya. Sabda Rasulullah ‘Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain. Samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulailah daripada dekat.’’ Konsep bekerja ini sebagai satu ibadah untuk keperluan diri.

Kita juga bekerja untuk keperluan masyarakat dan membantu orang lain. Kerana tidak semua manusia mempunyai kepakaran dan kemahiran yang sama dalam semua bidang. Dari situlah konsep bekerja kita dapat menambah ilmu dan mencurah ilmu. Dengan itu kita perlu bekerja untuk menyumbangkan sesuatu yang kita ada untuk kesejahteraan masyarakat, dan sebagai satu tuntutan fardu kifayah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud ‘Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.’

 


5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah, menurut Yusuf Al Qardawi adalah:-

1)  Kerja yang dilakukan haruslah tidak melanggar syariat, yakni halal;

2)  Kerja haruslah disertakan dengan niat yang baik – contohnya kerja kerana Allah, untuk menyara keluarga;

3)  Bekerja dengan tekun dan sebaik mungkin

4)  Berpegang teguh dalam hukum hakam Allah & tidak merampaas hak orang lain; dan

5)  Dalam melaksanakan pekerjaan mestilah tidak diketepikan ibadah dan amalan akhirat.



 
_________________________________________________________________________
 
 



 
Terokai bidang bisnes butik
inspirasi kisah usahawan yang telah berjaya dalam bidang ini
PAKEJ WAHM SOHO - PANDUAN MULA BISNES BUTIK