WAHM SAHM SOHO - Akademi bekerja di rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria


Awal tahun 2013, ketika Kak Masayu mengadakan promosi pengambilan pelajar untuk kelas asas blog penulisan (ebook) saya hanya terlibat dengan dropship sahaja. Dropship pelajar yang mahu turut serta dalam kelas ini. Alhamdulillah setelah dapat pelajar dan dengan kesungguhan saya Kak Masayu menawarkan saya untuk turut serta dalam kelas beliau. Sememangnya itulah impian saya untuk belajar membina blog yang lebih kemas dan teratur. Tambahan pula sekarang ini blogger sudah mendapat tempat di mata pelayar internet dan akhbar. Kerana dengan hanya memiliki blog kita boleh menjana pendapatan pasif. Pada mulanya itulah hasrat dan impian saya. Mahu memiliki blog dan menjana pendapatan melalui blog.
 
Setelah beberapa bulan saya dapat lihat penambahan pelajar setiap masa. Semakin ramai yang menghadiri kelas ini walaupun hanya secara online sahaja. Kak Masayu pula menawarkan kepada kami untuk menjadi pembantu kelas dan guru online. Setelah dinilai dari tugasan yang diberikan. Diam tak diam rupanya sudah 4 bulan saya menjadi guru online di Akademi ini. Alhamdulillah setiap bulan penambahan pelajar sangat memberangsangkan. Kini sudah lebih 100 blog yang terhasil di Akademi ini bersama 7 guru online lain. Sebagai guru online di akademi ini, saya bersama rakan guru lain bersatu untuk membantu ramai suri di luar sana yang masih tercari-cari peluang dan cara untuk menjana pendapatan terutamanya secara online atau mahu bekerja dari rumah. Akademi ini menyediakan platform di alam maya, kelas secara online yang mana masa belajar adalah mengikut kelapangan pelajar sendiri.
 
 
Semalam saya ditanya seorang rakan. Adakah saya sudah berhenti kerja. Kerana lihat saya aktif di talian. Dengan nada ketawa saya menjawab, saya masih lagi bekerja. Dan di talian itu sebagai guru online untuk mereka yang mahu belajar membina blog. Sebenarnya jika ditanya kenapa saya memilih untuk menjadi guru online ini kerana inilah peluang untuk saya mengajak orang lain yang masih terkapai-kapai mencari jalan dan cara untuk menambah pendapatan. Ketika zaman saya dahulu, tahun 2007 saya buta IT. Saya mencari pelbagai cara dan kaedah untuk menambah pendapatan. Malah saya sanggup menghabiskan masa selepas waktu pejabat menjalankn bisnes MLM dan beberapa bisnes lain. Tapi setelah saya mengetahui bisnes dropship ini lebih mudah lagi dengan hanya talian internet, saya terus merebut peluang ini. Malah saya akui, dengan menjalankan bisnes secara online ini, saya boleh lebih tumpukan perhatian bersama keluarga dan anak-anak. Berbanding jika saya menjalankan bisnes di luar. Di akademi ini juga kami berikan peluang untuk mereka menjalankan bisnes dropship melalui penyertaan kelas asas blog fanpage bisnes. Dengan zaman teknologi kini, kita tak perlu keluar rumah sudah boleh dapat pendapatan. Dengan syarat rajin usaha. Gunakan talian internet dan peluang yang ada untuk bermula.
 
Saya kira inilah peluang yang sebaiknya yang perlu direbut oleh semua orang. Terutamanya suri rumah yang mahu menambah pendapatan. Yuran penyertaan kelas juga tidak semahal yuran seminar atau kursus lain. Dan ilmu di sini juga tidak hanya terhenti setelah pelajar tamat kelas. Jika kita mnghadiri kursus di luar, pastinya hanya dalam tempoh tertentu sahaja. Dan selepas itu kita teruslah mengaplikasikan ilmu tersebut. Itu belum dikira jika tidak mahir kerana pasti susah untuk berhubung dengan tenaga pengajar untuk bertanya sebarang soalan. Jika di Akademi ini, para pelajar dapat menimba ilmu asas blog tidak mengira waktu. Malah masa belajar pun ikut masa sendiri. Saya selalu bagitahu pelajar saya "seru saja nama saya, pasti saya muncul." Maknanya pelajar tak perlu risau. Jika ada masalah ketika menyiapkan tugasan, hanya tinggalkan sahaja soalan saya akan segera menjawab. Kelas ini juga sangat mudah kerana kami hanya berhubung melalui facebook (private massage fb). Nota dan semua toturial sudah ada disediakan dalam kelas. Malah saya sendiri ada berhubung dan mengajar pelajar melalui whatsapp. Apa yang lebih seronok, jika pelajar bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan seperti yang ditetapkan mereka juga akan berpeluang menjadi pembantu kelas dan guru online. Ini semua mengikut syarat yang ditetapkan oleh Pengasas Akademi. Yang penting, usaha sungguh-sungguh untuk merubah diri sendiri, ikhlaskan diri, mohon pertolongan Allah. Insya Allah rezeki datang dari pelbagai cara.
 
Untuk hadirkan diri ke kelas ini bukanlah memerlukan sijil atau kalayakan akademik yang tinggi. Tak kira siapa pun, layak untuk belajar di sini. Hanya yang diperlukan kesungguhan, keazaman untuk menimba ilmu, dan kerajinan. Sesungguhnya kami di akademi ini mahu dan mengharapkan semua pelajar yang turut serta akan dapat menuai hasil semula. Itulah yang sebenar-benarnya matlamat Pengasas Akademi, Kak Masayu Ahmad. Bukan sahaja ilmu membina blog, kami di sini sentiasa akan berkongsi pengalaman, bertukar pendapat dalam menjana pendapatan. Malah perhubungan erat antara kami seperti pernah bertemu muka. Walhal, kami langsung tidak pernah bersua. Hanya talian internet yang menyambungkannya.
 

 
 
Bagi saya sendiri,  sebagai guru online saya juga dapat menimba ilmu baru dengan mengajar mereka. Kerana apa permasalahan pelajar tentang tugasan saya perlu menyelesaikannya dan berbincang juga dengan guru-guru lain dan bersama pengasas akademi. Sebenarnya semakin banyak ilmu yang kita pelajari, semakin banyak rupanya yang kita tak tahu. Jadi, dengan menjadi guru online ini dapat membantu saya menambah ilmu dalam dunia IT dan dunia bisnes. Saya cuba bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk semua protege, semoga semua ilmu yang kami sampaikan di sini akan dapat dimanfaatkan oleh mereka. Sedikit ilmu yang kami ada dan sampaikan ini semoga dapat dijadikan bekalan di sana. Insya Allah.
 
Sebenarnya ilmu yang diperolehi bukanlah dapat dibeli serta merta. Ia perlu mengambil masa. Sekurang-kurangnya dengan ilmu membina blog ini, kita dapat menggunakannya untuk sesuatu yang bermanfaat. Bagi mereka yang masih tercari-cari peluang untuk berubah, untuk menjana ekonomi keluarga dan diri sendiri rebutlah peluang ini. Rancanglah perjalanan hidup anda mulai sekarang. Masih belum terlewat. Perancangan dibuat untuk kita memperolehi kejayaan. Keengganan untuk merancang mencampakkan diri kita ke lembah kegagalan.
 
 
Bagi yang mahu turut serta dalam kelas ini, boleh hubungi saya melalui :
 
Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms / wtsapp : 0177912993

Comments

Popular Posts