Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria

 
Pendapat peribadi dan secara ikhlasnya, sejak berblogging di bawah bumbung Akademi Bekerja Dari Rumah ini, saya dapat menambah ilmu yang sememangnya dahulu tidak tahu tentang satu-satu perkara, sekarang sudah tahu. Kenapa? Sebab di sini kami berkumpul bersama sudah hampir 100 blog yang ada di sini. Semua perkongsian di rakan blog saya dapat baca. Mereka terdiri dari calang-calang orang. Mereka juga memiliki kemahiran dan kepakaran yang berbeza. Antaranya berkongsi tips kesihatan, masakan, kecantikan, panduan berbisnes, panduan menguruskan rumahtangga, panduan kewangan, panduan untuk anak-anak,  ilmu syariah, ilmu agama dan pelbagai lagi ilmu yang dapat diperolehi.
 
Alhamdulillah, syukur Allah swt buka hati saya lebih awal untuk menyertai pasukan ini. Malah kami turut berkongsi pandangan dan pendapat, bertukar-tukar idea, walau jarak masing-masing jauh. Apatah lagi bersua muka. Keikhlasan dalam perkongsian ilmu ini sesungguhnya sangat bernilai.
 
Jika difikir semula, manakan sempat untuk kita yang sentiasa kesibukan masa dalam menguruskan kerjaya, rumahtangga dan anak-anak mahu membuka buku untuk menyerap ilmu. Dengan membaca entri-entri dan perkongsian di blog sekurang-kurangnya dapat juga menambah sesuatu yang sememangnya tiada.
Malah di sini kami buka peluang untuk semua, mendapat ilmu dan berkongsi ilmu dengan menyertai pasukan kami. Bersama dalam Akademi ini. Bagi yang mahu turut serta dalam akademi ini, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. :)
 
 

Comments

Popular Posts