Hari penuh dugaan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Subhanallah. Semalam merupakan hari penuh dugaan buat kami. Semalam sebenarnya saya bercuti kerana mahu menghadiri Peperiksaan Akhir untuk semester ini. Sedang dalam perjalanan ke UTM, tidak semena-mena kereta yang saya pandu tiba-tiba terasa berat, kemudian langsung tidak bergerak. Terpaksa lah saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Syukur alhamdulillah ketika itu saya sudah berada di lorong yang agak tepi jadi tidaklah berapa jauh sangat untuk memandu dengan keadaan kereta yang agak berat, tidak mahu bergerak. Dalam hati, sudah. Janganlah sesuatu terjadi sebab saya hanya ada lebih kurang satu jam lebih sebelum sampai ke UTM. Saya terus menghubungi en. suami. Sepantas kilat en suami pun bergegas ke tempat saya. Dan ketika itu saya masih di berada berhampiran Ulu Tiram, belum sempat naik highway lagi. 15 minit menanti kedatangan en. suami. Duduklah saya diam-diam dalam kereta dan sempat jugalah melihat-lihat nota sebentar.
Bila tiba beliau, terus saya turun dari kereta dan terus beliau memeriksa kereta. Bila dihidupkan semula keretanya boleh hidup. Sebelum en suami tiba, saya cuba hidupkan tak boleh. Katanya mungkin enjin panas. Jadi bila sudah hidup terus meminta en suami menghantar saya ke UTM, risau takut apa-apa pula berlaku lagi. Sebelum tu kami bersepakat untuk bergerak ke rumah mak terlebih dahulu kerana en suami mahu tinggalkan motornya di sana. Kemudian kami terus bergerak. Bawa kereta belum jauh tiba-tiba mati lagi. Kali ni mati pula betul-betul depan traffic light. Aduh. Ketika itu waktu pagi jalan di situ tidak berapa sibuk. Jadi tidak berapa sesaklah. Dengan kereta saya pula yang menyekat perjalanan orang lain. Kami biarkan lagi 10 minit. Cuba hidupkan semula. Hidup pula. Kata en suami bawa terus jangan berhenti, janji sampai ke petronas berhampiran. Sebab tempat kami lalu tu memang tiada kawasan bengkel. Saya pun teruskan lagi memandu sambil en suami ikut di belakang. lebih kurang 5 berapa kali jugalah keretanya berhenti hidup. Masa juga berjalan. Betul-betul bila saya sampai di jalan agak lenggang menghala ke tiram semula jam sudah menunjukkan pukul 8.55 pagi. Kata en suami memang tak sempat kalu hendak hantar saya, kemudian dengan kereta yang asyik mati-mati bila dibawa. Kami terpaksa ambil alternatif lain.
Saya terus menghubungi abah, minta tolong untuk hantar saya ke UTM, dan en suami pula hubungi sepupunya untuk datang ambil motor yang dibawanya dan beliau pula menghantar kereta ke bengkel. Abah sudah berada di perhentian teksi, tiada pelanggan ketika itu. (abah bawa teksi). 9.05 pagi abah sampai saya terus bergerak ke UTM. Saya terpaksa tinggalkan en suami yang sedang menunggu sepupunya sampai untuk bawa motor.
Jalan juga tidak berapa sesak. Terus naik highway dan sampai di UTM jam 9.40 pagi, saya terus masuk ke dewan peperiksaan. Lambat 40 minit. Hari ini dalam sejarah. Seumur hidup tak pernah lambat ke Peperiksaan Akhir. Semalam saya diuji Allah Taala. Soalan objektif, sempat juga saya menjawab dalam masa kurang setengah jam.
Selesai peperiksaan jam 10.30, saya pulang bersama abah. Kesian juga abah terpaksa menunggu di UTM. Katanya malas mahu keluar ke mana-mana. Terus saya menefon en suami tanyakan kereta. Katanya kereta sudah berada di bengkel sedang dibaiki. Tapi agak lewat sedikit dan agak mahal juga kerana susah untuk mendapatkan barang ganti. Beliau balik ke rumah dulu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Kata tuan bengkel, sensor di bawah enjin yg rosak dan perlu diganti. Kata en suami dia pun baru pertama kali mendengar dan tahu barang tersebut, walaupun sebelum ini ada juga pengalaman bekerja di bengkel.
Lewat petang baru kereta siap. Kata en suami hari penuh dugaan harini. Jadi perhatianlah kami di tengah jalan sebab asyik jalan dan berhenti saja. En suami pula, selepas menghantar kereta ke bengkel mahu pulang kerumah bersama sepupunya tayar motor pula buat hal.
Kata saya, sabarlah. Dugaan hari ini Allah nak uji mudah-mudahan ada rezeki yang melimpah akan masuk.
ya,..+ve tu baik. mana tau rezki nak masuk kan? :)
ReplyDeletesalam perkenalan..
salam perkenalan juga...
ReplyDeletebetul2 think positif..dah banyak keluar mudah-mudahan rezeki banyak masuk juga...;)
thanks sis...