Cuti Shopping

Teks : Anys Idayu Zakaria


Semalam baru berkesempatan untuk membeli kain pasang untuk anak-anak. Lagi seminggu nak raya kalau tempah memang confirm tak da orang nak ambil.  Sebenarnya saya memang berhajat untuk membeli saja baju kurung kakak dan adik. Tapi kebetulan Ma mahu menjahitnya. Katanya tak usah beli siap, jahit saja sekejap. Baju budak tidaklah susah mana. Jadi saya pun terus beli sahaja kain. Dapatlah juga carikan untuk dua pasang baju kurung mereka dua beradik. Macam mana agaknya si kecil Raisha bile mengenakan baju kurung. Kakak pula sudah saya belikan tudung mengikut warna baju kurung yang akan dijahit. Suka bukan main lagi.  Cuma baju biasa sahaja belum sempat dibeli. Nampaknya terpaksa keluar bershopping lagi.
 
Sebenarnya semalam saya cuti mahu mencari kain anak-anak dan juga mahu menghantar tempahan candy. Sambil menyelam minum air. Risau juga tak sempat untuk diagihkan, al maklum sudah mahu masuk hujung minggu. Dan pasti sudah ramai yang mula bercuti dan menyambung cuti sehingga hari raya. Nampaknya lagi seminggu Syawal menjelang, jika ke mana-mana memang sudah terasa bahangnya. Sana sini pusat beli belah sudah menawarkan tawaran hebat, sale. Kena berhati-hati juga tu kalau keluar belanja. Risau terbeli barang yang tidak ada dalam senarai. Maklumlah tengok semua nampak cantik dan murah.

Comments

Popular Posts