Blog alat pemasaran efektif
Teks : Anys Idayu Zakaria
Blog adalah satu platform yang penting untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan menggalakkan. Blog mudah dibina dan apabila dilakukan promosi dengan betul, ia boleh dijadikan sebagai alat yang kuat untuk menjana jualan.
Namun begitu terdapat juga blog yang kurang mendapat sambutan. Di antara sebabnya adalah seperti berikut :
1) Orang yang mempunyai bisnes tidak tahu bagaimana untuk menggunakan blog sebagai alat pemasaran yang betul
2) Blog tidak kelihatan profesional atau menarik perhatian pembaca
3) Kandungan blog tidak menarik, hambar, terlalu banyak promosi diri dan tidak dioptimumkan untuk enjin carian
4) Bilangan pembaca atau pengikut sangat sedikit
5) Interaksi dengan pembaca kurang
Jika anda tidak mempunyai blog, kami di Akademi Belajar dari Rumah sedia membantu. Kami akan ajar anda langkah demi langkah bina blog bisnes dan fanpage. Jika anda sudah mempunyai blog bisnes, jadikan ia sebagai strategi pemasaran untuk menarik pelanggan. Bagi yang mahu membina blog bukan untuk tujuan bisnes pula, turut boleh ikut serta untuk belajar menulis blog berkongsi kepakaran, kemahiran, hobi, minat, catatan pengalaman hidup. Semuanya boleh ditulis dan dicatatkan dalam blog, mungkin satu hari nanti ia sebagai travelog kehidupan kita untuk tatapan anak-anak dan keluarga. Kredit kepada Pengasas Akademi ini atas perkongsian ini.
Hubungi saya, sebagai salah seorang guru online di Akademi ini, untuk analisa dan langkah bermula.
Email : aniesaizmall@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment