WAHM SAHM SOHO - Sokongan suami sangat penting

Sumber:Ebook super wahm super mom

Halangan pasti ada, ramai juga keluarga dan sahabat sepejabat yang menyuarakan kebimbangan dan tidak bersetuju dengan keputusan saya dan suami. Saya masih kerap bertanya lagi dengan suami, suami pula membeeitahu selama ini dia yang mencari nafkah untuk kami. Hampir kesemua perbelanjaan dia yang menanggungnya. Walaupun saya tahu dia ada sedikit gusar mengenai perbelnjaan tapi dia mengizinkan dan dia adalah orang yang paling banyak memberi sokongan dan dorongan dlam perniagaan.

Akhirnya setelah lebih kurang setahun merancang, pada bulan Februari 2012 saya menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan Mac 2012 juga saya melepaskan jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat tercapai. Sedih kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja di sana bersama rakan-rakan. Hati ini amat tenang. Gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan terfikir "bolehkah aku bagi mak dan abah setiap bulan".
Sarah, 3 tahun setengah adalah orang yang paling gembira. "Mak tak kerja harini Sarah", kataku kepadanya. Dia menyampuk "yeay". Hari pertama berjalan lancar. Sempat bermain dan membaca buku dengannya sambil menguruskan kerja menambah baik facebook dan blog secara online saja. Pada tarikh 12 Mac 2012, saya sudah meninggalkan pejabat dan memulakan era baru di rumah.
Baca lagi perkongsian selanjutnya dalam ebook super wahm super mom.

Pakej asas Wahm Soho: Bekerja dari rumah.
Promosi sempena Ramadhan.
Harga asal : RM 125
Harga promosi : Rm 100

Miliki sekarang. Pembelian di sini

Comments

Popular Posts