Rutin Sebagai WAHM

Konsultan Bisnes Online
Saya menjalankan beberapa perniagaan, yang menjurus kepada konsultansi bisnes online dan juga pemakanan kesihatan, serta dalam proses penjenamaan semula butik barangan ibu menyusu dan bayi dan beberpa aktiviti sukarela yang saya terpaksa berhentikan seketika kersna sibuk dengan kerjaya yang lalu.

Rutin Sebagai WAHM
setiap hari saya bangun jam 6 pagi, menyiapkan kelengkapan suami ke pejabat dan anak-anak ke tadika. Selepas menghantar mereka, samada saya terus pulang ke rumah, atau ke pasar, atau berada di 'pejabat bergerak' saya di Suria KLCC atau The Curve untuk menyiapkan kerja-kerja. Selepas itu, saya mnyiapkan pesanan pelanggan serta pengurusan rumahtangga, sebelum mengambil anak dan suami pada sebelah petang.

Saya suka membaca dan masa senggang biasanya saya hbiskan dengan membaca. Wsktu malam biasanya waktu bersama keluarga. Bersama anak menonton rancangan kegemaran mereka, mengajar mereka dan sebagainya. Biasanya saya akan kembali ke komputer setelah anak-anak tidur. Selalunya dalam jam 12 ke atas.
Sumber : Ebook Super Wahm Super mom.

Suksess adalah suatu ukuran yang subjektif
Ada yang merasakan suksess bila mana mereka mendapat pendapatan yang banyak berbanding semasa bekerja makan gaji. Bagi saya sukses sebagai wanita/ ibu bekerja dari rumah adalah apabila keluarga bahagia, terjaga dan ada di depan mata. Punya masa untuk mendidik anak, sentiasa bersedia menjaga makan pakai dan sakit pening mereka. Rezeki wang ringgit adalh bonus atas usaha dan pengorbanan dalam perniagaan. Mungkin rezeki yang datang itu sedikit di mata kasar tetapi yang saya cari biarlah berkat.

Saya percaya sebagai seorang isteri, redha suami dalam membuat sesuatu urusan adalah sangat penting. Saya selalunya akn minta pendapat suami sebelum meneruskan perancangan dalam perniagaan saya.

Motivasi dalam diri sangat pnting
Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumh tanpa pembantu
jadi perlu tangkas menyelesaikan plbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes.

Sentiasa cuba menyelesaikan tugasn berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih pnjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan mendatang. Bersedia menghadpi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha.
Farah Fahizah.
Sumber Ebook super wahm super mom.

Mahu mula bekerja dari rumah, ini pakej wahm sahm soho (mula bekerja dari rumah). Sesuai untuk bahan bacaan asas.

Mahu dapatkan pakej ini dengan harga promosi Ramadhan :

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Borang tempahan

Comments

Popular Posts