Rezeki Ramadhan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hari ni sudah masuk 20 Ramadhan. Sangat sekejap rasanya masa berlalu. Pantas lebih kurang 10 hari Ramadhan akan meninggalkan kita. Subhanallah. Harap-harap dapat menyempurnakan Qiyamullail untuk malam-malam terakhir ini. Seminggu dua ni saya asyik tertidur awal saja. Mungkin kepenatan agaknya. Bangun seawal jam 4 pagi, menyiapakan juadah bersahur. Kemudian terus bersiap ke tempat kerja. Sampai di rumah lebih kurang jam 6 lebih, itulah masa untuk menghidangkan juadah berbuka. Bersilat juga di dapur. Bersilat lagi dengan Raisha. Mujur ada kakak boleh tolong jaga dan tengok-tengokkan Raisha.  Sudah 7 bulan jadi semakin aktif dan tak boleh duduk diam. Letak saja atas kerusi bulat (walker) terus berlari laju.
 
 
Kebiasaannya bila menjelang musim Ramadhan Syawal saya sudah mula menjual kek lapis. Kebetulan tahun ini, kawan saya tidak dapat membuat kek tersebut. Jadi tiadalah kek lapis di kedai online saya. Dua minggu Ramadhan saya mula terpikir dan tercari-cari juga apa kah yang boleh dijual yang memang khas untuk hari raya ni. Alhamdulillah ilham datang dari Allah swt. Saya cuba untuk menjual Barley Peanut Candy, ambil daripada salah seorang pemborong biasa. Saya mula merangka dan membuat promosi. Alhamdulillah syukur, memang mendapat sambutan. Ramai rupanya yang sukakan peanut candy ini. Malah pelanggan yang membeli untuk makan-makan pun sudah membuat repeat order. Hujung minggu lepas memang bertalu-talu pesanan di fb dan watsapp masuk untuk menempah peanut candy ini. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini, dan idea untuk menjual peanut candy ini.
 
 
***********************************************************************************
 
Walaupun rancak mempromosi candy peanut, tugas sebagai guru online untuk kelas asas blog fanpage (bisnes) masih berjalan seperti biasa. Insya Allah selepas hari raya ini akan mendaftar masuk beberapa lagi orang pelajar. Yang sebenarnya mereka ini sudah mempunyai bisnes, tapi sedang mencari-cari cara untuk membina blog. Dan pada saya, kelas secara online inilah yang sesuai untuk semua peniaga kerana tumpuan hanya online dan tidak perlu membazir masa lain untuk hadir ke kelas secara fizikal.  Malah bagi yang mendaftar masuk kelas saya, saya akan bagi personal coaching walaupun pelajar sudah Berjaya melepasi target yang di tetapkan.

Comments

Popular Posts