Rezeki anak (Bahagian 2)

Teks : Anys Idayu Zakaria

Sejak saya tidak menjalankan bisne MLM secara aktif, saya sudah mula berjinak-jinak dengan bisnes online. Pada mulanya memang sukar juga mencari peluang yang ada kerana memang tiada panduan dn mentor yang membantu. Apa yang saya buat ialah, saya hanya goggle di internet peluang berniaga secara online. Sehinggalah pada satu ketika saya telah terjumpa satu iklan yang mana pembekal kek lapis di Johor Bahru sedang mencari agen untuk memasarkan kek lapis beliau. Lantas saya mula menghubungi beliau dan menerangkan mahu menjadi agen kek lapis.

Ketika saya sudah memiliki laman facebook. Sebenarnya hajat saya membuka laan facebook ini adalah untuk cuba melakukan bisnes menerusi facebook. Langkah pertama saya cuba menjual kek lapis tersebut di pasaran facebook. Alhamdulillah. Memang sangat mendapat sambutan. Ketika mula-mula saya pasarkan menerusi fb, apa yang saya lihat pasaran niaga fb tidaklah serancak sekarang. Dulu tidak ramai yang menjalankan bisnes online seperti ini.

Dalam masa yang sama, saya masih mencari lagi peluang bisnes yang lain sehinggalh saya terjumpa Edymart, yang menawarkan dropship tanpa modal. Lantas saya terus mendaftar untuk menjadi dropshipper. Dari situ saya mula memilih beberapa produk untuk dipasarkan. Dan saya sepenuhnya memasarkannya hanya di talian internet. Saya gunakan kemudahan facebook, forum dan mudah.my untuk pasaran. Semuanya yang percuma. Ketika itu tidak ada blog lagi. Kerana saya memang tidak pandai membina blog. Pernah juga cuba-cuba buat tapi tidak berapa menjadi.

Melalui seorang kenalan niaga di Edymart, saya pernah bertanya beliau dari mana produk dropship lain yang beliau ambil. Beliau telah memperkenalkan saya dengan Pn.Masayu Ahmad. Yang mana sekarang merupakan sifu dan mentor saya. Lantas saya terus mencari dalam senarai carian. Setelah menjumpai saya mula bertanya untuk menyertai dropship dengan kak Masayu. Dengan syarat yang mudah, hanya perlu membeli buku tulisan beliau, Jana RM Dari Rumah saya sudah boleh melakukan bisnes dropship yang beliau tawarkan. Alhamdulillah. Syukur yang amat kerana sememangnya saya sudah pun memiliki buku tersebut. Saya sudah pun membelinya di Kedai Buku BADAN ketika mendapat baucer buku 2012. Saya rasa sangat bersyukur kerana mudahnya Allah tunjuk jalan untuk saya lebih mengenali kak Masayu dan menyertai dropship beliau.

Dan sehingga sekarang saya masih aktif menjalankan bisnes dropship. Alhamdulillah rezeki anak. Sejak hamil anak kedua rezeki dan peluang bisnes semakin bertambah. Saya juga dapat membina rangkaian dengan ramai usahawan yang telah berjaya dan mereka semuanya sangat baik. Sudi berkongsi pengalaman dan ilmu. Serta sudi menawarkan saya untuk menjadi dropshipper mereka. Walaupun kami tidak pernah bersua, tapi ukhwah dan jalinan persahabatan di atas talian sudah memadai dan dapat berkongsi rezeki yang ada.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi menjalankan bisnes dropship. Dan kebanyakkan produk saya adalah produk dropship. Saya lebih suka dan senang menjalankan bisnes dropship. Saya jarang sekali mengmbil produk secara borong kerana masih lagi menghadapi faktor modal dan lebib utama saya agak kesuntukan masa untuk menguruskan proses penghantaran kerana masih lagi bekerja. Cuma adakalanya jika pembekal berada di kawasan Johor Bahru, saya akan mengambil stok barangan lebih supaya jika pelanggan mahu membeli tanpa menggunakan kos penghantaran, saya boleh menghantar barang tersebut.

Walaupun dengan menjalankan bisnes dropship, alhamdulillah rezeki daripada Allah swt. Pembeli adalah perantara. Yang penting perlu rajin usaha doa tawakkal.

Insya Allah semoga satu hari nanti impian saya untuk menjadi usahawan dan bekerja hanya dari rumah menjadi kenyataan.

Jemput singgah blog dan fanpage bisnes saya :

Kedai serbanika
Kedai buku
Kedai produk sunnah

Fanpage : aizmall gedung serbanika online

Aizmall gedung buku online

Aizmall sunnah online

Comments

  1. Mohon enail detil jika boleh kani nak nenbekal kek lapis sarawak call 0138883012. Siti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts