Perniagaan perlu berpanjangan
Teks: Anys Idayu Zakaria
Dalam mnjalankan suatu bisnes, untuk kekal berpanjangan dalam tempoh yang lama kita hendaklah tidak mudah mengalah. Bisnes umpama kita mula mnceburi bidang sukan. Jika dalam tempoh 6 bulan pertama kita masih belum memenangi sebarang pertandingn yang disertai kita cepat putus ada dan kemudian bertukar pula kepada sukan yang lain, masih kalah juga dn begitulah seterusnya. Kita akan sentiasa bertukar jenia sukan kerana mahukan kejayaan dalam tempoh yang singkat. Untuk menjadi pemain hebat seperti Datuk Nicol David, Tiger Woods memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Teori ini samalah untuk kita amal dan praktik dalam bisnes.
Jangan mudah menyerh kalah terlalu awal. Berjaya dalam cubaan pertama dalam bisnes adalah seperti kita menang nombor ekor. Kebarangkaliannya adalah sangat rendah. Kejayaan yang datng dalam masa yang singkat juga mepunyai kelemahannya. Hampir semua usahawan yang telah berjaya telah mengalami pengalaman pahit dan melalui proses pembelajran, perah keringat dan menghabiskan masa yang banyak untuk memajukan bisnes yang diceburi untuk kekal lama.
Daripada kita asyik bermula berkali-kali adalah lebih baik kita tumpukan perhatian, masa dn tenaga dengan perancangan asal dan berusaha sedaya upaya supaya bisnes yang mula-mula kita usahakan akan berjaya dan mendapat hasil. Ia sememangnya mngambil masa yanng panjang. Hari demi hari. Thun demi tahun. Lama kelamaan orang mula mengenali kita dan bisnes yang kita jalankan. Keyakinan pelanggan seterusnya akan meningkat dan sekali gus akan meningkatkan jualn dan keuntungan.
Cuka kurma sangat bagus untuk kesihatan. Testimoni pengguna. Nak dapatkan cuka kurma ini boleh buat belian di sini
Comments
Post a Comment