Pengalaman Usahawan Wanita Bekerja Dari Rumah

Rancang bekerja dari rumah sekarang: www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :)

Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.


10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.

1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut. 


2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.


3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat 
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru 
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan  ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika  ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain. 



Ibu berasa puas membaca ebook ini, tips dan panduan yang diberikan praktikal untuk diamalkan. Kegusaran ibu-ibu yang hendak memulakan tindakan bekerja dari rumah hampir sama. Kisah usahawan hebat yang bermula dari rumah ini menyentuh hati ibu. Mereka tekad untuk berubah disebabkan beberapa faktor yang telah dikongsikan di dalam ebook. Antaranya faktor anak yang kurang sihat, faktor kesihatan, faktor pekerjaan, kepuasan dan lain-lain.

Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.
  

Dapatkan mana-mana dua pakej asas wahm soho : Bekerja dari rumah, dengan harga RM 125. PERCUMA Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, sila bayar di sini

Comments

Popular Posts