Panduan bekerja di rumah
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah, pagi isnin yang hebat, 1 Julai 2013. pejam
celik sudah merangkak kita ke akhir tahun. Macam mana dengan azam dan impian untuk tahun ini. Sudah tercapai
separuh atau masih belum terlaksana, jika belum masih berkesempatan lagi. Masih berbaki 6 bulan sebelum menginjak ke tahun hadapan 2014. Mulakan hari ini dengan
langkah pertama semoga 6 bulan terakhir ini ada pengisian yang lebih bermakna
untuk lebih berjaya dan lebih maju di tahun hadapan.
Langkah bermula pertama yang boleh diambil, boleh hadir
mana-mana dua kelas di Akademi Bekerja Di Rumah, bersama pengasas Akademi Pn.
Masayu Ahmad. Kami akan membantu dan membimbing kalian yang mahu bermula dari
zero, yang tidak tahu apa-apa. Belajar secara online sepenuhnya di sini. Bina rangkaian, bina ukhwah, kutip pengalaman
bersama kami di Akademi ini. Tidak perlu risau mahu tinggalkan anak kepada orang lain. Tidak perlu risau keadaan rumah yang terurus jika kalian hadir kelas. Semuanya boleh berjalan dari rumah sendiri. Apa yang penting talian internet dan komputer. Dan dua keperluan ini jugalah untuk memulakan kerja dari rumah. Dua alat ini memang amat penting jika kita mahu bekerja dari rumah, kerana kita menggunakan talian internet untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan.
Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada yang zero
tentang urus niaga online. Ia sebagai langkah permulaan awal,
membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari, kalian boleh
belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih meluas dan
bina rangkaian bisnes sendiri. Kami adalah sebagai trek permulaan.
Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Untuk langkah bermula, boleh tinjau-tinjau cari
idea memulakan bisnes makanan. Dapatkan pakej asas WAHM SOHO bekerja dari rumah
- pakej bisnes makanan, lengkap dengan idea memulakan bisnes makanan. Sedang
elok, kerana sekarang sudah hampir ke bulan ramadhan. Untuk dapatkan pakej
hebat ini boleh buattempahan di sini.
Comments
Post a Comment