Menjual barangan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Jika kita memilih untuk menjual barang, kita boleh membeli barang tersebut secara borong atau pukal. Jika barang dibeli secara borong, berbanding beli dalam kuantiti yang agak banyak. Kerana pembekal masih mengira harga jualan biasa. Cari produk yang betul-betul diperlukan oleh pelanggan dan beli secara borong. Biasanya, jika kita sudah membeli borong daripada pembekal secara tidak langsung kita sudah menjadi agen mereka di kawasan kita tinggal. Jika ada pembeli yang mahu membeli barangan daripada mereka, mereka akan meminta pelanggan menghubungi kita.
Kita boleh memilih untuk menjual bermacam-macam jenis produk. Gunakan daya kreativiti untuk mencari dan menentukan produk yang mahu dipasarkan. Ada kalanya pasaran produk juga mngikut musim dan perkembangan semasa. Sebagai contoh,sekarang ini sudah bulan Ramadhan dan hampir Syawal, jadi peniaga pasti berlumba-lumba menjual produk untuk dua bulan ini seperti telekung, kurma, biskut raya atau pakaian hari raya.
Begitu juga dengan pembekal sudah pasti mencari ramai agen untuk memasarkan produk mereka.
Dalam menjual barang,kita dielakkan mnjual :
1. Barang yang berbau seperti durian atau belacan. Lebih-lebih lagi klau menjual secara online. Kecuali sekiranya makanan tersebut telah dibotolkn seperti budu atau cencaluk. Ini adalah untuk mengelakkan masalah penghantaran melalui pos.
2. Barngan yang merbahaya seperti senjata,mercun, dn barang beracun. Barangan seperti ini menyalahi undang-undang dan mengancam keselamatan.
3. Barangan lucah dan yang berunsur pornografi contohnya CD lucah. Walaupun dibungkus dan dibalut ia tetap salah di sisi undang-undang dan agama. Ia boleh merosakkan akhlak dan pemikiran pembeli.
Dalam menjual barangan seperti ini, pilihlah produk yang benar-benar laris yang menjadi permintaan pelanggan serta sentiasa ada pengulangan belian daripada pelanggan. Cari dan gali dulu di internet produk apa yang sesuai, kemudian pilih sebelum bermula.
*****************************
Antara produk top yang ada di kedai online saya ialah chezzy magik, iaitu gabungan antara tepung magik + chezzy sauce.
Untuk belian pakej kombo ini boleh la :
Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / wtsapp : 017-7912993
Fanpage : aizmall gedung serbanika online
Comments
Post a Comment