Keseronokan Bekerja Di Rumah

Sumber : Ebook super wahm super mom

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.

 Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.

Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah. 

 Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com.

Baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom



Dapatkan mana-mana dua pakej di atas, sebagai bahan bacaan asas sebelum bermula. Hanya RM 125, Percuma Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Tempahan boleh melalui :

tel / watsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts