Cara menetapkan harga.

Teks : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah selesai berbuka untuk Ramadhan ke 5. Menu yang sangat simple dan mudah. Tak masak pun, saya cuma panaskan lauk yang sedia ada semalam. Biar semua lauk pauk habis. Cuma belikan kakak rojak mee. Ada sedikit bubur lambuk dari surau. Syukur walau menu yang sangat simple, tak menang tangan juga tak tahu nak makan apa. Baby Raisha pun sibuk sama macm orang berpuasa. Alhamudillah kenyang masing-masing.

Selesai mengemas dan solat maghrib, tidurkan Raisha saya membaca majalah Jelita Julai 2013. Ada sikit panduan yang boleh dikongsi untuk yang berbisnes.

Pedoman penentu harga ruangan niaga, tulisan C.S.Cheah. Menurut beliau harga barang yang kita pasarkan perlulah mencapai tiga matlamat berikut :

1. Membolehkan kita mendapat keuntungan yang sihat berpatutan dengan usaha yang dicurahkan.

2. Pelanggan tidak keberatan membeli barang kita pada harga yang ditawarkan. Kita perlu memastikan siapakah golongan sasaran kita.

3. Harga barangan kita munasabah. Tidak terlampau mahal dan tidak pula terlalu murah erbanding pesaing.

Bagi maklumat dan keterangan lanjut boleh baca dalam Jelita keluaran Julai, halaman 178.

****************************

Bagi yang sedang menggali sumber bahan bacaan wanita yang telah berjaya bekerja dari rumah, boleh dapatkan ebook super wahm super mom. Untuk dapatkan ebook ini boleh melalui

Email : aniesaizmall@gmail.com
Tel / watsapp : 017-7911993

Comments

Popular Posts