Cabaran WAHM - Mental Perlu Kuat

Cabaran wahm - mental perlu kuat


Teks: Masayu Ahmad

Saya selalu ditanya apa yang perlu dilakukan, dan pembaca akan berkongsi sekian-sekian. Ok selalunya saya akan kembalikan situasi sebenar dan apa komitmen yang sedia ada, adakah ia boleh dibawa selepas bergelar wahm kelak. Menjawab soalan yang selalu menujah inbox saya, jadi saya bawakan kisah 10 usahawan yang sudha bergelar wahm dengan pelbagai persoalan dan cabaran kehidupan. Semoga dengan membaca kisah-kisah sebegini memudahkan kalian dan dapat menjawab masalah kalian dari perspektif berbeza. Cabaran selepas bergelar wahm tidak mudah dan tidak senang, tetapi ada yang mampu menghadapinya. Adakah kalian adalah orang-orang yang kuat?



Sumber Bab 1: Ebook Super Wahm Super Mom

Mental dan disiplin perlu seiring
Mental dan hati kena kuat. Disiplin mesti sentiasa ada. Bila berniaga, adalah penting untuk kita faham dan tahu tentang perniagaan kita dan mengambil tahu perkembangan dunia bisnes yang ada di luar sana. Dahulu saya menyangka, sungguhpun ada butik, kemahiran menjahit itu adalah perkara paling asas yang saya perlu ada. Saya sangka hanya tahu menjahit itu sudah cukup, rupa-rupanya untuk lebih berjaya, saya perlu tahu MENJAHIT BAJU. Jadi tanpa segan-silu, saya ambil kelas menjahit yang asas. Paling tidak saya perlu mengenal pola. Selain itu juga, saya perlu kreatif dan tidak terlalu mengikut langkah orang lain melainkan apa langkah yang dia ambil untuk berjaya.


“USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik. Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Begitulah rutin harian saya. Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya. 

Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu „jadual harian‟ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak. Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada 
waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya pulang dari sekolah.



Baca lagi dalam ebook super wahm super mom


sempena Syawal Ramadhan ini, kami akan memberi buku percuma untuk mana-mana belian dua pakej di atas. Buku tersebut ialah buku Mudahnya Menjemput Rezeki




Untuk sebarang pembelian atau tempahan, boleh melalui :

email : aniesaizmall@gmail.com
wtsapp/sms : 017-7912993
untuk belian boleh order di sini
borang tempahan



Comments

Popular Posts