Cabaran Terbesar Adalah Penerimaan Keluarga
Sumber: Ebook super wahm super mom
Cabaran terbesar adalah penerimaan keluarga dan saudara mara. Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan sebenarnya masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adakala lebih berat berbanding bekerja makan gaji.
Masyarakat secara amnya berpendapat yang wanita yg tidak bekerja di pejabat seolah-olah tidak mempunyai kelulusan. Halangan mental seperti ini yang ada waktunya sangat melemahkan semangat saya. Faktor lain seperti kekangan modal, pendapatan yang tidak menentu, tiada cuti tahunan, cuti sakit bergaji adalah lumrah bagi yang bekerja sendiri, baik berniaga di premis atau secara maya.
Untuk permulaan semasa berniaga, memang agak payah untuk mendapatkan pelanggan. Susah juga untuk meyakinkan pelanggan yang pertama kali hendak membeli barang secara online. Ramai yang akan datang melihat sendiri barangan kemudian barulah mereka yakin untuk membuat tempahan. Namun dengan teknologi IT yang ada terutama pada masa sekarang, lebih senang untuk membuat promosi tentang bisnes yang dijalankan. Orang ramai pun lebih terbuka dengan idea membeli barang secara online berbanding 6-7 tahun dulu.

dapatkan mana-mana dua pakej ini sebagai bahan bacaan asas sebelum mengambil keputasan untuk bekerja dari rumah.
promosi Ramadhan Syawal, dapatkan dengan harga RM 125, Percuma Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Untuk dapatkan pakej ini, boleh buat tempahan di sini
Comments
Post a Comment