Ulasan kelas asas blog penulisan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Aizmallgedungbukuonline
Foto : Aizmallgedungbukuonline
Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih
kepada sifu Pn Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam
bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis. Menurut
beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan
tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca
tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan.
Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas
setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama. Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar
membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan.
Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat
juga menghasilkan ebook sendiri.
Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan
kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak
tahu cara untuk berkongsi dengan umum.
Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita. Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini
memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis. Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak
mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri. Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea
itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para
pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan
yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian
selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan. Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila
tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam
sehari. :)
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog
yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati
saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan
blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah
pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang
benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau
kelas toturial yang diadakan di luar.
Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak
kesuntukan masa untuk tugasan lain.
Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti
penghalang untuk keluar menghadiri kelas.
Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu
kami yang sememangnya perlukan bimbingan.
Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar
untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa
untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat
ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan.
Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita belajar satu-persatu. Malah kelas online ini
juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu
berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula
untuk menyiapkannya.
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru
hendak bermula. Bina penjenamaan diri
melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini.
Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame
ahli kumpulan. Walau tidak pernah
bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama.
Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas
ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang
telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus Berjaya dan
diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar
kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat
dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.
Bagi yang ingin menyertai kelas asas blog ini sangat-sangat digalakkan untuk sama-sama menambah ilmu dalam bidang bisnes. Boleh tengok details penyertaan untuk kelas asas blog penulisan di sini http://aizmallgedungbukuonline.blogspot.com/2013/06/kelas-online-belajar-asas-blog-dan.html
Comments
Post a Comment