Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super
mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan. Saya sangat
seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan
mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super
wahm super mom ini.
Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi
mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman
Rasulullah. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan
Al-Quran dan sunnah. Kembali ke tempat
asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’. Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah
sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.
Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan
sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga
dapat diuruskan dengan sempurna.
Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang
yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai
dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah
menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari
internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana
rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar
sepenuhnya. Dengan cara ini, insya Allah
pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat
melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.
WAHM yang membawa maksud work
at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan
rumahtangga). Ini merupakan trend yang
sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya
secara sepenuh masa atau sambilan. Walau
bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada
mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak
naik. Sebenarnya semua jawapan bagi
persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini.
Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca
ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.
Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang
berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat
merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang
yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran
besar kerana faktor kesihatan. Kembali pada
Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Punca rezeki juga dari Allah. Insya Allah tetapkan hati, rezeki di
mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru. Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam
ebook ini.
‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah
dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan
selamat. Satu pekerjaan yang ramai
ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan. Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi
sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya. Kini saya adalah imej pada mak saya satu
ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)
''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya
percaya kita dipermudahkan. Ramai yang
membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami
yang bergelar doktor. Namun sebagai
hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''.
(Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)
Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana
menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan
sempurna. Bagaimana mahu memotivasikan
diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada
perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan
cabaran membesarkan anak-anak. Dalam masa
yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.
Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan
menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan
dengan success. Penting bagi kita yang
memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat
yang kita mahukan. Jadikan ia sebagai
matlamat utama.
Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang
terurus. Cuba buat agihan tugas mengikut
keutamaan. Salah satunya ubah
kebiasaan. Rancang ruti kerja sehari,
seminggu, sebulan dan setahun. Senarai
kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat. Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang
mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap
orang memiliki putaran 24 jam yang sama.
Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu
mencapai matlamat.
Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus
rumahtangga serta keluarga. Tips urus
tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan
perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja
rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum. Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa
dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah
stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
ketika mahu tidur. Hilang segala
kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh
penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri
baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.
Tidak kita apa pun
jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri
dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai
dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak
lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir.
Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca
pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat
apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan. Jika rasa
tidak bersemangat, bacalah ebook ini. Insya
Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru,
pasti Allah buka pintu hati kita.
Super Wahm,
Super Mom
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari
rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita
Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1
Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa
untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat
Bab 7: Tips urus rumah tangga
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat
Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
Comments
Post a Comment