Guru Online - 25/06/13
Teks : Anys Idayu Zakaria
Setelah
lebih kurang 2 bulan lebih berguru dengan sifu Pn. Masayu Ahmad, akhirnya saya
berjaya melepasi kriteria yang beliau kehendaki dalam proses belajar asas blog
dan penulisan. Untuk melepasi kriteria yang beliau mahukan, saya perlu menyiapkan
semua tugasan yang telah diberikan dalam toturial kelas asas blog penulisan.
Kemudian barulah boleh dilantik sebagai pembantu dan guru online kepada kelas
asas blog yang beliau kendalikan.
Alhamdulillah
saya juga sekarang ini sedang dalam proses mengajar dan menurunkan ilmu yang
dipelajari kepada protege kelas blog fanpage, sambil dipantau oleh sifu kak Masayu. Kak asmah Mad Isa, seorang guru
tuisyen matematik yang mempunyai kepakaran dalam mengajar dan menarik minat
anak-anak minat kepada matematik. Insya Allah sedikit masa lagi beliau juga
akan menyiapkan kedai online dan fanpage produk yang akan diniagakan. Dan
seterusnya sudah boleh menjana pendapatan melalui kedai blog tersebut.
Kagum
dengan beliau. walau agak lambat belajar, dan agak perlahan beliau akhirnya
dapat juga menyiapkan blog sendiri. Lama-kelamaan jika setiap hari menulis pasti
bakat dan tulisan akan menjadi lancar. Bagi ibu-ibu yang sedang tercari-cari
kaedah yang sesuai untuk menarik minat anak-anak terhadap ilmu pengiraan
matematik, singgah blog beliau, panduan matematik untuk kanak-kanak.
Kalau
ada antara kalian yang mahu berkongsi pengalaman, kepakaran dalam bidang
tertentu, tapi tidak tahu cara yang sesuai, bloglah medan dan tempat untuk berkongsi
bersama. Kalian dijemput untuk menyertai
Akademi bekerja di rumah atas talian, bersama pengasas Akademi Pn. Masayu
Ahmad. Penyertaan dibuka untuk kelas
asas blog dan penulisan dan kelas asas blog fanpage. Insya Allah dalam kelas
ini, kalian akan dapat mempelajari modul penulisan blog yang sangat sesuai
untuk menarik minat pembaca, serta seterusnya dapat menjadikan blog sebagai
pendapatan pasif atau aktif.
turut serta bersama kami dalam kelas asas blog dan penulisan atau kelas asas blog fanpage. Pendaftaran boleh dilakukan di sini.
Comments
Post a Comment